PROFILE.

Foto saya
KUCHING, SARAWAK, Malaysia
AGROLIFE MANAGEMENT, Merupakan salah sebuah syarikat bumiputera yang dimiliki sepenuhnya oleh Abang Hassimsah B. Haji Abang Zainal, syarikat ini mula beroperasi di kuching setelah didaftarkan dibawah Akta syarikat di Malaysia pada 26, Julai 2011, bidang keutamaan syarikat ini ialah menjalankan perniagaan membekal pokok tanaman dan pelbagai jenama baja cecair dan baja butiran. Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti perniagaan pembekalan baja, AGROLIFE menjalinkan usahasama dengan salah sebuah syarikat global yang menjadi pengimport dan pembekal baja AMMONIUM NITRATE dari Negara China. Ammonium Nitrate dikenali oleh masyarakat dunia sebagai top1 fertilizer merupakan baja yang paling popular dan berkualti tinggi, malahan hampir semua petani dan peladang di seluruh dunia menggunakan baja Ammonium Nitrate. Di Eropah dan America Utara lebih 1.7 tan metric baja Ammonium Nitrate digunakan secara meluas untuk merawat tanah dan menyuburkan semua jenis tanaman.

Sabtu, 21 November 2015

TANAH DAN KESANNYA TERHADAP TANAMAN : Agrolife Management(Abang Hassimsah b.Haji Abang Zainal)

SIFAT FIZIKAL TANAH.

          3 ciri fizikal tanah yang penting:
                       
a. warna tanah (soil colours)
                        
b. tekstur tanah (soil textures)
                        
c. struktur tanah (soil structures)

1. WARNA TANAH.

          Dapat  menerangkan keadaan fizikal tanah dan   kandungannya.
          Berbeza mengikut tempat dan lokasi.
          Warna tanah yg wujud sesuatu tanah menggambarkan kandungan bahan organik, saliran tanah, aktiviti mikroorganisma dan kesuburan tanah.

Perkaitan antara warna dengan keadaan tanah:-
KEADAAN TANAH
Gelap  (hitam keperangan)
Sederhana gelap (perang kekuningan)
Pudar (kekuningan)
Bahan organik
Hakisan
Pengudaraan
Ketersediaan
nitrogen
Kesuburan
Tinggi
Rendah
Tinggi
Tinggi
Tinggi
Sederhana
Sederhana
Sederhana
Sederhana
Sederhana
Rendah
Tinggi
Rendah
Rendah
Rendah

WARNA TANAH.
      Tanah  yg gelap warnanya  (hitam keperangan) mempunyai kesuburan yg tinggi kerana tanah jenis ini mempunyai bahan organik, udara dan ketersediaan nitrogen yg tinggi. Tanah ini sesuai utk aktiviti pertanian kerana kurang terdedah kepada hakisan.
      Tanah yg pudar (kekuningan) mempunyai keadaan fizikal yg berlawanan dgn tanah berwarna gelap. Manakala tanah berwarna sederhana gelap (perang kekuningan) mempunyai keadaan fizikal yg sederhana subur.
Kebanyakan tanah tropika berwarna merah. Walau bagaimanapun, warna ini mungkin berbeza-beza iaitu warna merah hingga kekuningan. Keadaan ini menunjukkan bahawa tahap saliran dan pengudaraan berbeza dlm tanah-tanah tersebut.

Ciri-ciri tanah berdasarkan warnanya:-
WARNA TANAH
HURAIAN
Merah
Menandakan kandungan oksida ferum di dalam tanah
Tanah jenis ini mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik.
Biasanya  terdapat di kawasan lereng bukit
Sesuai  untuk tanaman getah dan kelapa sawit.
Perang
Mengandungi  oksida ferum yg bercampur dgn bahan organik
Mempunyai saliran yg baik
Subur  dan sesuai utk kebanyakan jenis tanaman.
Kelabu
Menandakan kandungan oksida ferum dlm tanah yg bekalan  oksigennya telah merosot.
Mempunyai saliran yg kurang baik dan menakung air
Biasanya  menakung air dan kurang beroksida.
Pengudaraan kurang baik
Tidak  sesuai utk kebanyakan tanaman kecuali padi.
Kehitam
hitaman
Mempunyai  kandungan galian mangan oksida  atau bahan organik yg tinggi.
Menakung  air dan mempunyai nilai pH yang rendah.
Bahan organiknya lambat reput kerana kekurangan oksigen yang perlu dalam proses pereputan.
Tanah jenis ini tidak sesuai utk kebanyakan tanaman kerana tidak mampu memberi sokongan kepada akar tumbuhan yang besar
Tanaman yang sesuai ialah nenas dan sayur-sayuran.
Putih
Mempunyai  banyak jenis galian  tanah liat yg dikenali sbg koalinit.
Kuning
Warna kuning menunjukkan bahawa oksida ferum telah berpadu dgn molekul-molekul air
Mempunyai saliran yg baik.
Tanah ini adalah lebih lembab berbanding dengan tanah yang berwarna merah

WARNA TANAH.
      Dapat  dikenalpasti dgn membandingkan warnanya  dengan warna yg terdapat dalam buku carta warna Munsell.
      Apabila membuat perbandingan, tanah perlu dibasahkan terlebih dahulu utk mendapatkan warna yang tepat.

b.  Tekstur Tanah:-
      Tekstur tanah ialah sifat kasar atau halusnya sesuatu tanah atau peratus kandungan kumin-kumin pasir (sand), kelodak (silt) dan liat (clay).

Ciri pasir, kelodak dan liat
CIRI-CIRI
PASIR
KELODAK
LIAT
Saiz kumin
Paling besar
Saiz lebih kecil
drpd kumin
pasir
Saiz kumin
paling halus
 Bentuk kumin 
Bulat atau tiada
Bentuk  tetap
Tiada bentuk
tetap
Kepingan nipis
  
Kandungan
kumin
Kebanyakannya kuarza
(oksida silika)
Kuarza
Silikat
(mengandungi
silika,aluminium
dan
magnesium)
serta unsur
unsur lain.
Bercas atau tidak
Tidak
 Tidak
Bercas
Rasa.
Gerisik
Licin spt tepung
Berasa lekit
apabila lembab,
keras dan padat
apb kering.
Daya penyimpanan
air
Rendah
Sederhana
Tinggi
Saliran
Baik
Sederhana
Kurang baik
Penyimpanan air
dan nutrien
Kurang baik
Sederhana  
Kurang ketelapan air
Pengudaraan
Baik
Sederhana
Kurang baik

Pengelasan Kumin Tanah
NAMA PISAHAN TANAH
DIAMETER KUMIN MENGIKUT SISTEM PERSATUAN SAINS TANAH ANTARABANGSA (SISTEM ATTERBERG) - FAO
Pasir sangat kasar
Tiada
Pasir kasar
2.00 – 0.20mm
Pasir sederhana
Tiada
Pasir halus
0.2 – 0.02mm
Pasir sangat halus
Tiada
Kelodak
0.02 – 0.002mm
Liat
Kurang drpd 0.002mm

Tekstur Tanah:-
      Dapat  dikesan melalui cara merasa dgn tangan atau melalui cara makmal iaitu kaedah mendapan di mana kumin-kumin tanah dibiarkan mendap terlebih dahulu berbanding kumin yg halus.
      Pisahan tanah ialah lapisan kumin yang saiznya telah ditetapkan mengikut  sistem pengelasan tekstur tanah.
      Cthnya: Sistem Atterberg menetapkan kumin yg mempunyai diameter 2.00 hingga 0.20mm  sbg pisahan pasir kasar.
      Pisahan kelodak mempunyai ciri di antara kumin pasir dan kumin liat dgn saiz kuminnya di antara 0.02 – 0.002mm diameternya.
      Pisahan liat merujuk kepada jenis kumin tanah yang mempunyai ukuran diameter tertentu spt yang ditentukan oleh sistem pengelasan tekstur tanah. Kumin liat mempunyai diameter kurang drpd 0.002mm.

Kelas Tekstur Tanah:
      Merujuk  kepada satu kumpulan tanah yg mempunyai sifat kasar dan halus disebabkan oleh kehadiran pasir , kelodak dan liat mengikut peratusan yg tertentu. Sifat ini ditunjukkan oleh petak tertentu pada carta segitiga tekstur tanah.
      Peratus pasir, kelodak dan liat sesuatu tanah ditentukan dalam makmal melalui cara pemendapan. Nilai peratusan ini kemudian digunakan utk menentukan kelas tekstur bagi contoh tanah tersebut dengan merujuk carta segi tiga tekstur tanah.
      Kelas tekstur tanah liat ialah sifat sesuatu contoh tanah yg bertanah liat disebabkan oleh kahadiran kumin tanah liat yang lebih tinggi berbanding dengan kandungan kumin kelodak dan pasirnya.
Menentukan tekstur tanah melalui cara medan (field).
  1. Menggunakan sampel tanah dan air
  2. Sampel tanah dilembabkan dengan air sehingga dapat dibentuk.
  3. Bentukkan tanah tersebut menjadi bentuk bebola, reben, rod atau gelang
  4. Jika rod tidak dapat dibentuk (tanah sangat berpasir)
  5. Bebola dapat dibentuk (pasir berloam)
  6. Rod dpt dibentuk (tanah loam)
  7. Rod membentuk U tetapi tidak dpt membentuk gelang (loam tanah liat)
  8. Gelang yang retak-retak (tanah liat berpasir)
  9. Gelang dapat dibentuk (tanah liat)
Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan.
      Masukkan 40 – 50g tanah ke dalam balang gas
      Isikan air hingga ¾ penuh
      Tutup mulut balang gas dan goncangkan campuran sehingga kumin tanah terpisah.
      Letakkan balang gas di atas meja semalaman (24 jam) tanpa gangguan.
      Ukur setiap pisahan tanah yg mendap
      Hitungkan peratusan pisahan tanah
      Tentukan kelas tekstur tanah dgn menggunakan segitiga tekstur tanah Sistem Atterberg.

Membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah:
  1. Gunakan  3 jenis sampel tanah iaitu tanah berpasir, tanah loam, tanah liat, sir suling dan gentian kaca.
  2. Keringkan sampel-sampel tanah selama 2 – 3 hari dengan meletakkan tanah di atas kertas.
  3. Sukat tiga sampel 50ml air suling dgn menggunakan selinder penyukat dan isikan ke dalam bikar
  4. Dalam masa yg sama tuangkan 50ml air suling ke dalam setiap radas dan tentukan isipadu air yg mengalir ke dalam bikar 250ml dalam masa 10 minit.
Kepentingan tekstur tanah kepada tanaman:
  1. Tanah  yg bertekstur kasar spt tanah pasir membenarkan air mengalir dgn mudah.
  2. Tanah bertekstur kasar mempunyai lebih banyak liang utk peresapan gas. Pertukaran gas yg baik akan membekalkan oksigen yg mencukupi utk kegunaan organisma tanah.
  3. Tekstur tanah akan mempengaruhi kandungan gas dan air di dalam tanah.
  4. Tekstur tanah yg lebih halus spt tanah liat membolehkan tanah menyimpan nutrien dan melakukan proses penyerapan nutrien oleh kumin liat.

Kepentingan tekstur tanah kepada tanaman:
  1. Tekstur tanah mempengaruhi proses pemugaran.
  2. Tanah bertekstur halus mengandungi byk liat dan menyukarkan kerja pemugaran.
  3. Tanah yg mengandungi terlalu banyak pasir atau liat mungkin dapat diubah dgn mencampurkan bhn organik mengikut ketersediaan bhn-bhn organik tersebut.
c. Struktur tanah
      Struktur tanah ialah susunan kumin tanah yg terdiri drpd pasir, kelodak dan liat dalam bentuk tertentu.
Melalui proses pembentukan tanah, kumin-kumin tanah  itu akan digabungkan mengikut bentuk tertentu berdasarkan ke adaan kawasan itu. Susunan kumin-kumin itu dinamakan agregat tanah dan akan wujud dalam pelbagai bentuk.
Tanah yg mengandungi kumin-kumin pasir spt di kawasan pantai dianggap tanah yg tidak berstruktur. Kumin-kumin itu tidak digabungkan kpd bentuk-bentuk tertentu.
Struktur  tanah / agregat tanah

4     Struktur tanah

Apb sesuatu tnh sentiasa mengalami tindakan air hujan, kumin-kumin tanahnya mungkin akan dipisahkan.
Tanah liat yang diasingkan membentuk ketulan-ketulan besar akan menyebabkan air sukar meresap melaluinya.
Struktur tanah bertekstur halus dapt dibaiki agar lebih sesuai utk tanaman. Tanah yg bertekstur halus lebih tinggi kandungan tanah liat menyebabkan saliran dan pengudaraan kurang baik. Kumin tanah boleh digabungkan dengan menggunakan bahan organik supaya ciri fizikal dpt diperbaiki.
Butir rapuh adalah struktur terbaik bagi kebanyakan tanaman kerana berciri rongga.
Kepentingan Struktur Tanah kepada Tanaman

Struktur tanah yg baik mengandungi rongga antara agregat yg membenarkan air dan udara meresap dengan mudah. Keadaan ini menghalang air drpd bertakung. Oleh itu akar tanaman mendapat oksigen yg mencukupi.

Struktur yg baik menambahkan daya tahan tanah drpd kerosakan fizikal disebabkan oleh hakisan oleh timpaan hujan yg kuat. Kumin yg terpisah mudah ditiup angin atau dilarikan air. Manakala kumin yg bergabung menjadi binaan lebih besar sikar dipindahkan oleh agen hakisan.

Struktur yg baik juga dpt mengurangkan kesan ketoksikan gas karbon dioksida dlm tanah. Gas ini lebih mudah meresap ke udara apabila tanah mempunyai struktur yg baik.

Kepentingan Struktur Tanah kepada Tanaman.
Struktur tanah dpt dibaiki dgn mencampurkan tanah dgn bahan-bahan organik.

2. Semasa proses pereputan berlaku, pelbagai jenis bahan akan dihasilkan termasuklah bahan-bahan yg bertindak sebagai pelekat yang akan menyatukan kumin-kumin tanah kpd susunan tertentu sehingga membentuk struktur butir rapuh yg baik.

SIFAT KIMIA TANAH
pH TANAH
Tanah tropika biasanya bersifat asid kerana mengalami larut resapan keterlaluan kesan hujan lebat. Setiap unit perubahan pH akan melibatkan perubahan sepuluh kali ganda atas kepekatan ion Hidrogen (H+).
pH tanah merujuk kepada keasidan sesuatu larutan dan ditentukan oleh kepekatan ion hidrogen (H+). pH tanah dapat ditentukan  dengan :
Kaedah Kuhn
Meter pH

Faktor yang mengubah keasidan tanah.
1.         Kandungan bahan induk
Banyak jenis tanah di M’sia berasal drpd batu granit yg mengandungi mineral spt kuarza, felspar dan mika yg mengandungi aluminium. Aluminium mengalami tindakbalas hidrolisis dlm tanah lalu mengeluarkan ion hidrogen (H+) yg dpt menurunkan pH tanah.

2. Kehilangan bahan berbes
Pengeluaran bahan kation berbes spt magnesium (Mg2+ ), kalium (K+) dan Kalsium (Ca2+ ) melalui larut lesapan menyebabkan penurunan pH tanah. Kation berbes yg larut lesap ini akan digantikan oleh ion hidrogen (H+).

3.         Pereputan bahan organik
Apabila bahan organik mereput, pelbagai jenis asid organik yg akan merendahkan pH tanah dihasilkan.

4.         Penggunaan baja seperti ammonium sulfat
Apabila baja ammonium sulfat dicampurkan dengan tanah, ion ammonium, NH+ akan dioksidakan kepada ion nitrat NO3- dan ion hidrogen (H+) melalui proses nitrifikasi. Ion H+ akan menurunkan pH tanah.

5.         Penambahan asid karbonik dari atmosfera
Karbon dioksida bertindakbalas dengan air di atmosfera lalu membentuk asid karbonik. Asid ini akan menurunkan pH tanah.

6.         Respirasi akar dan organisma tanah
Respirasi akar dan organisma tanah akan menghasilkan karbon dioksida. Gas ini akan bertindakbalas dgn air lalu menghasilkan asid karbonik.
7.         Penghasilan gas nitrogen dioksida dan nitrogen oksida
Kedua-dua gas ini dihasilkan drpd tindakan kilat yg menggabungkan gas nitrogen dan oksigen di atmosfera. Gas-gas ini dpt bertindakbalas dgn air lalu menghasilkan asid nitrik.

KESAN pH TANAH KEPADA TANAMAN

KETERSEDIAAN NUTRIEN
Nilai pH tanah mempengaruhi ketersediaan nutrien. 
Nutrien lebih mudah larut dlm larutan tanah pada pH tertentu. Ini memudahkan nutrien diambil oleh akar tumbuhan.
Nilai pH yg terlalu rendah akan menyebabkan pembebasan  ion ferum dan ion aluminium. Pada nilai pH yang tinggi pula, ion kalsium dan ion magnesium akan dibebaskan.
Keempat-empat  ion tersebut bertindakbalas dgn fosfat lalu membentuk sebatian fosfat yg tidak larut. Keadaan ini menyebabkan fosfat kurang tersedia dlm tanah apabila pH terlalu rendah atau terlalu tinggi.                    

AKTIVITI MIKROB

Kebanyakan mikroorganisma yg bermanfaat kpd tumbuhan hidupa dalam julat pH 5.5 hingga 7.8.
Mikroorganisma yg menjalankan proses penitratan akan terjejas apabila pH tanah di bawah 5.5
pH tanah yg rendah juga akan merencatkan aktivti cacing tanah.

PENYAKIT TUMBUHAN
i           Patogen merupakan penyebab penyakit.
ii           pH tanah yg rendah akan menyebabkan:


iii          patogen spt kulat mudah merebak.
v          Tumbuhan sukar memperolehi nutrien yg diperlukan.
iv         Pertumbuhan akan terjejas apabila pH tanah terlalu tinggi atau rendah.

UNSUR PERLU (essential) UTK PERTUMBUHAN TUMBUHAN
Sesuatu unsur dianggap perlu jika:
i           Tumbuhan tidak dpt membesar dgn sempurna tanpa unsur tersebut.
ii           Tindakan unsur nutrien adalah spesifik dan tidak dapat diganti oleh unsur  nutrien lain.
iii          Unsur nutrien tersebut bertindak secara langsung dlm tumbuhan, unsur ini tidak mempengaruhi penyerapan unsur lain.
Apabila tumbuhan kekurangan sesuatu unsur nutrien tambahan, unsur tersebut akan memperbaiki keadaan kekurangan yg berlaku

UNSUR PERLU UTK PERTUMBUHAN TUMBUHAN
Nutrien
nutrien yg diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan dapat dibahagikan kepada makronutrien dan mikronutrien.
Makro nutrien diperlukan dalam kuantiti yg banyak, sementara mikronutrien diperlukan dalam kuantiti yg sedikit sahaja.

UNSUR PERLU UNTUK PERTUMBUHAN TUMBUHAN
Terdapat 9 unsur makronutrien yg perlu:
Oksigen, karbon, hidrogen, nitrogen, kalium, fosforus, sulfur, kalsium dan magnesium. Unsur karbon, hidrogen dan oksigen dpt diperolehi drpd air dan karbon dioksida melalui fotosintesis.
Mikronutrien yg diperlukan termasuklah ferum, boron, mangan, zink, kuprum, molibdenum dan klorin.

Peranan nitrogen, fosforus dan kalium dalam tumbuhan

UNSUR UTAMA NUTRIEN
PERANAN
DALAM TUMBUHAN
GEJALA
KEKURANGAN
Nitrogen
Komponen protein utama
diperlukan utk menghasilkan
klorofil. Kehadiran nitrogen
mempercepat proses tumbesaran
tumbuhan dan melebihkan hasil
daun.
Klorosis (kekuningan)
semua bahagian
tumbuhan, bermula
pada daun tua dahulu.
Fosforus
Kehadiran unsur ini
mempercepatkan pengeluaran
akar, bunga dan buah,
mempercepatkan kematangan
pokok dan menguatkan tangkai
buah-buahan, Fosforus
berperanan penting dlm
penghasilan tenaga dan
diperlukan di peringkat awal
pembesaran tumbuhan.
Daun berwarna hijau
tua pada amnya dgn
kehadiran warna
kemerahan atau ungu
pada daun atau petiol
pada sesetengah
tumbuhan.
Kalium
Menolong mempercepatkan
pengeluaran bunga dan buah
serta tumbesaran tisu meristem.
Turut menambah kekuatan pokok
serta keupayaan menahan
penyakit. Unsur ini diperlukan utk
metabolisme kanji, protein dan
pengaktifan enzim.
Daun tua
mengandungi tanda
nekrosis (tisu mati)
dengan tepi daun
kelihatan spt
terbakar, daun muda
mungkin
menunjukkan klorosis
antara urat daun.


AMALAN UTK MEMBAIKI KEADAAN TANAH

Kesuburan tanah merujuk kepada keupayaan tanah utk menampung pengeluaran hasil tanaman yg memuaskan.
Kesuburan tanah perlu dijaga supaya pengeluaran tanah dpt dipulihara.
Tanah yang bermasalah di Malaysia:
Tanah asid sulfat
Merupakan sejenis tanah yg mengandungi tanah liat dengan pH kurang drpd 3.5.
Kandungan aluminium dan ferum yg tinggi menyebabkan tanah ini kurang subur.
Tanaman yg ditanam di tanah ini biasanya mengalami ketoksikan aluminium , ferum dan mangan.
Tanah gambut.
Mempunyai kandungan bahan organik yg tinggi serta saliran yg kurang baik.
Tanah ini tidak memberi sokongan kepada akar pokok besar.
Oleh itu tanah ini tidak sesuai utk tanaman spt pokok getah.
Tanah ini berasid dan kekurangan beberapa mikronutrien spt kumprum, mangan , zink, ferum , molibdenum dan boron.

Tanah bris.
Mempunyai kandungan pasir yg tinggi dan tidak berstruktur.
Tanah ini mempunyai lapisan keras yg menghalang penembusan akar dan kurang daya penyimpanan air.
Kekurangan air pada musim panas dan pHnya adalah sekitar 4.3 hingga 5.8.

Tanah lempung.
Tanah lempung ialah tanah yg mengandungi kandungan liat yg tinggi.
Kandungan liat yg tinggi menyebabkan tanah itu menjadi lekit apabila basah dan keras apabila kering.
Jenis tanah ini mempunyai saliran yg kurang baik kerana mempunyai kadar peresapan air yg rendah.
Tanah ini juga sukar digemburkan.

CARA MEMBAIKI KEADAAN TANAH
a. Pembajaan
Baja dapat dikelaskan kepada baja kimia dan baja organik.
Baja kimia terdiri drpd bahan kimia yg membekalkan satu nutrien utama atau lebih.
      Baja organik mengandungi nutrien utama tetapi dlm kuantiti yg lbh rendah drpd baja kimia.

Jenis-jenis dan ciri baja
JENIS BAJA
CIRI-CIRI
Baja lurus
Membekalkan satu nutrien utama, manakala baja
campuran dan baja sebatian dpt membekalkan
lebih drpd satu nutrien utama.
Baja campuran
Terdiri drpd bahan baja yg dicampursecara fizik
tetapi tidak disebatikan. Baja ini biasanya
mengandungi kandungan nutrien yg rendah.
Baja sebatian
Mengandungi nutrien yg telah disebatikan secara
kimia. Kandungan nutriennya disediakan dlm
pelbagai nisbah.
Baja lengkap
Mengandungi kombinasi semua nutrien utama yg
diperlukan iaitu nitrogen, fosforus, dan kalium.
Mikronutrien, campuran enzim dan pengawal
tumbuhan semulajadi juga terdapat dalam baja
jenis ini.


Pembajaan

Gred baja ialah kuantiti nutrien utama yg terdapat dlm baja.
Gred baja ditunjukkan berdasarkan peratus nitrogen, peratus fosforus pentoksida dan peratus kalium yg larut dlm air.
Baja fosfat diletakkan ditepi bijibenih utk menggalakkan pertumbuhan akar pada waktu bijibenih baru disemai. Selepas anak benih membesar, baja nitrogen diberikan utk menggalakkan pembentukan anak pokok yg baik.   



Baja  lurus yg membekalkan nutrien utama

NITROGEN
FOSFORUS
KALIUM
Urea
Ammonium
sulfat
Kalsium
Nitrat
Kalium
nitrat
Ammonium
nitrat
Natrium
nitrat
46% N
20% N

15% N

15% N

35% N

16% N
CIRP

Superfosfat
tunggal

Superfosfat

ganda dua
Superfosfat
ganda tiga
35% P2O5


16 -22% P2O5



25 – 30% P2O5


44 – 52% P2O5
Muriate
potasy




Kalium
sulfat

Kalium
nitrat
60 -63% K2O

50 – 53% K2O

44%K2O


Kuantiti nutrien baja organik tinja haiwan berdasarkan bahan kering]

Jenis Tinja Haiwan
%N
%P
%K
Bebiri
Lembu
Khinzir
Kuda
Ayam
2.0
0.7
1.0
0.7
1.6
0.5
0.2
0.3
0.15
0.6
2.3
0.5
0.7
0.4
1.6

Contoh baja organik:
Buangan kelapa sawit
Hampas kacang tanah
Tahi lembu
Tahi kelawar
Hampas udang
Darah kering


Pembajaan

Kelemahan baja kimia ialah melalui larian baja nitrogen ke dalam sumber air. Bekalan yg berlebihan akan menggalakkan pertumbuhan alga. Apabila alga dan tumbuhan akuatik mati, pereputan sisa tumbuhan itu akan mengurangkan bekalan oksigen. Ini disebabkan baja nitrogen mudah larut dlm air dan dibawa ke dalam tanah.
Baja organik dibuat drpd sisa tumbuhan atau haiwan yg telah reput spt tinja haiwan, kompos dan sisa pertanian.
Mengandungi banyak unsur karbon dan sedikit sahaja nutrien tumbuhan. Selain drpd membekalkan nutrien, baja ini juga dpt membaiki keadaan fizik tanah. Kuantiti nutrien yg dibekalkan oleh baja organik adalah lebih rendah berbanding dgn baja kimia.
Pembekalan baja kepada tanaman:
melalui beberapa cara:
1. Taburan
Ditabur secara sekata di atas permukaan tanah. Dilakukan ke atas bahan pepejal iaitu granul atau butiran halus
Bahan baja yg biasa digunakan ialah CIRP.
Dibiarkan begitu saja atau digaulkan bersama tanah.
Biasanya dilakukan selepas menyemai bijibenih.
Blh juga diletakkan padasekeliling pangkal pokok selepas berumur 3 – 4 minggu.
Cara pembajaan ini juga dikenali sbg pembajaan permukaan dan melibatkan penggunaan baja nutrien.
2. Alur
Baja diletakkan dalam alur pada jarak 4cm sebelah kiri dan kanan bijibenih dan kira-kira 5cm di bawah bijibenih.
Sesuai digunakan utk tanaman yg mudah rosak apabila tersentuh bahan baja spt tomato.
Blh juga diletakkan dlm jalur 4 – 5 cm dlm sisi barisan pokok. Pembajaan ini biasa dilakukan apabila pokok sudah berumur 4 – 8 minggu.


3. Poket
Dilakukan pada pokok buah-buahan atau pokok yg ditanam secara tunggal.
Lubang-lubang poket digali sedalam 10 – 15cm dihujung kanopi kerana bahagian ini merupakan zon akar yg aktif.
Baja diletakkan dlm lubang-lubang poket dan ditutup semula.
4. Semburan daun
Larutan cecair baja blh disembur utk merawat kekurangan nutrien tertentu khasnya mikronutrien.
Larutan baja dicampur dgn racun perosak utk disembur.
Menjimatkan tenaga dan masa.
Kebaikan dan kelemahan menggunakan baja kimia.


KEBAIKAN
KELEMAHAN
1.baja kimia disediakan dlm btk granul yg mudah digaul dgn tanah.

2. dapat dibekalkan kpd tumbuhan melalui semburan daun.

3. membekalkan nutrien tunggal atau lebih drpd satu nutrien.

4. disediakan dlm
kandungan nutrien yg
tinggi utk menjimatkan
ruang penyimpanan serta
kos pengangkutan.
1. Baja kimia yg diletakkan terlalu
Dekat dgn bijibenih akan
merosakkan bijibenih.

2. Baja kimia yg berlebihan
menyebabkan kerosakan secara
langsung kpd tumbuhan

3. Baja jenis nitrat ataupun
Ammonium sulfat meninggalkan
kesan ke asidan kepada tanah.

5.baja kimia berlebihan akan mencemarkan bekalan air bawah tanah.


Pengapuran
Bahan kapur ialah bahan yg mengandungi kalsium (Ca).
Terdapat juga kapur yg mengandungi bahan tambahan spt magnesium (Mg).
Keberkesanannya ditentukan oleh kehalusan bahan kapur dan kandungan bahan kimianya
Tujuan pengapuran ialah:
1. Mengurangkan keasidan tanah
2. Membekalkan nutrien tumbuhan
kalsium dan magnesium
3. Membaiki agregat tanah
meneutralkan cas-cas negatif pd kumin-kumin tnh dan menggalakkan kumin-kumin tanah bercantum.
Selepas penggumpalan berlaku, kumin-kumin tanah dilekatkan oleh pelekat yg dihasilkan oleh pereputan bahan organik.
Melalui proses ini lebih byk agregat tnh terbentuk.
Proses membina agregat tanah dinamakan proses pengagregatan tanah.
Faktor yg perlu dipertimbangkan sebelum pengapuran:
Jenis tanaman
Getah dan kelapa sawit dpt tumbuh di atas tanah berasid
Nenas juga toleren hingga pH 3.5 dan tidak memerlukan bahan kapur yg banyak.
Koko tidak sesuai dgn kawasan berasud, oleh itu perlukan pengapuran utk mengawal keasidan tanah.
2. Jenis bahan kapur
Kapur dolomit ( kalsium dan magnesium)
Kapur tohor ( kandungan kalsium tinggi ttp sukar digunakan)
3. Jenis tanah
tanah jenis asid sulfat dan tnh gambut blh dirawat dgn bahan kapur.
Pengapuran berlebihan akan mengakibatkan ketoksikan mikronutrien.
4. Kandungan bahan organik
Bahan organik dpt menyerap kation spt hidrogen. Ion-ion Hidrogen yg terjerat itu akan menentang tindakan kapur utk mengubah pHnya.
Pemugaran
Adalah proses memecah dan melonggarkan ke adaan tanah yg padat.
Merangkumi kerja menggembur dan menghapuskan rumpai.
Sebelum menanam, beberapa operasi persediaan tanah biasanya dijalankan. Operasi ini dibahagikan kpd Pemugaran primer dan pemugaran sekunder.
Tujuan pemugaran primer
menyediakan permukaan tanah yg sesuai utk dikerjakan oleh alat   pemugaran sekunder.
Memotong dan membalikkan tanah
Memecah dan melonggarkan lapisan tanah keras
Tujuan pemugaran sekunder
Menghasilkan keadaan tanah yg cukup halus utk menanam atau menyemai
Menyediakan batas tanaman
Memusnahkan atau mengawal perosak
Menimbus dan menggaul sisa tumbuhan
Memusnahkan rumpai
Mencampurkan baja dan kimia pengawal perosak.

Pemugaran yg kerap tidak digalakkan kerana akan merosakkan struktur tanah. Bahan organik yg terdedah akan cepat diuraikan. Kumin tanah lebih cepat dilarikan oleh air hujan.
PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN HAKISAN

JENIS HAKISAN
CIRINYA
Hakisan
Permukaan
Hakisan peringkat awal, pd prkt ini satu lapisan
nipis permukaan tanah akan hilang.
Hakisan alur
Hakisan pada peringkat kedua. Kerosakan
jenis ini masih blh dipulihkan.
Hakisan Lurah
Hakisan jenis alur dibiarkan tanpa dikawal
maka hakisan lurah akan terhasil. Kerosakan ini
amat sukar dipulihkan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.