PROFILE.

Foto saya
KUCHING, SARAWAK, Malaysia
AGROLIFE MANAGEMENT, Merupakan salah sebuah syarikat bumiputera yang dimiliki sepenuhnya oleh Abang Hassimsah B. Haji Abang Zainal, syarikat ini mula beroperasi di kuching setelah didaftarkan dibawah Akta syarikat di Malaysia pada 26, Julai 2011, bidang keutamaan syarikat ini ialah menjalankan perniagaan membekal pokok tanaman dan pelbagai jenama baja cecair dan baja butiran. Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti perniagaan pembekalan baja, AGROLIFE menjalinkan usahasama dengan salah sebuah syarikat global yang menjadi pengimport dan pembekal baja AMMONIUM NITRATE dari Negara China. Ammonium Nitrate dikenali oleh masyarakat dunia sebagai top1 fertilizer merupakan baja yang paling popular dan berkualti tinggi, malahan hampir semua petani dan peladang di seluruh dunia menggunakan baja Ammonium Nitrate. Di Eropah dan America Utara lebih 1.7 tan metric baja Ammonium Nitrate digunakan secara meluas untuk merawat tanah dan menyuburkan semua jenis tanaman.

Sabtu, 21 November 2015

Kesan Pangkasan Pelepah Daun Ke atas Pengeluaran Hasil Sawit, Agrolife Management (Abang Hassimsah b. Haji Abang Zainal.

Satu ekperimen yang telah dijalankan di Malaysia ke atas pokok sawit berumur 8-12 tahun itu didapati bahawa pangkasan pelepah daun sehingga meninggalkan jumlah pelepah 8, 16 dan 24 masing-masing menunjukkan penurunan hasil, bilangan buah tandan, berat purata buah tandan, bilangan spika /tandan, bilangan bunga/spika dan berat purata buah tandan. Manakala pokok sawit yang mengekal 32 dan 40 pelepah tidak menunjukkan pengaruh yang ketara ke atas parameter tersebut di atas.
Oleh yang demikian, maka dapat difahami bahawa pokok berumur 8-12 tahun dan ke atas harus mengekalkan sekurang-kurangnya 32 pelepah supaya hasil tidak terjejas. Pangkasan pelepah sehingga tinggal 24 pelepah dan ke bawah boleh menyebabkan hasil merosot sebanyak 20 %.
Bagi pokok muda berumur di antara 5-8 tahun, hasil ujian menunjukkan bahawa pangkasan pelepah sehingga bilangan pelepah kurang daripada 40 batang akan merosotkan hasil. Kes-kes tersebut di atas ini adalah disebabkan pangkasan intensif akan meningkatkan kadar keguguran bunga betina manakala pengeluaran bunga jantan akan bertambah di sebalik pengurangan hasilan bunga betina.
Apabila keadan ini berlaku, maka nisbah jantina akan jatuh. Kesan negatif terhasil daripada pangkasan pelepah berlebihan akan wujud selepas 2 tahun pangkasan tersebut dijalankan. Justeru, boleh dikatakan bahawa pangkasan intensif memberi kesan di tempoh penentuan jantina pokok sawit yang mana bunga bersifat dwi-jantina itu telah menghala ke arah pembentukan bunga jantan ekoran pangkasan pelepah berlebihan.
Menurut satu rekod perbandingan, bagi sebilangan pokok sawit yang mempunyai 27 pelepah secara purata jika 40 % daripadanya hanya mempunyai 24 pelepah atau kurang, maka penurunan hasil kasar adalah sebanyak 10 %. Tetapi jika pelepah purata adalah berjumlah 37 dengan 20 % daripadanya mempunyai pelepah kurang daripada 32 pelepah, hasil hanya akan merosot sebanyak 1 %.
Oleh itu, pengusaha tanaman sawit sama ada mahu mengamalkan sistem pangkasan daun mengekalkan 2 batang pelepah di bawah buah tandan atau satu pelepah saja adalah pertimbangan masing-masing kerana pelepah tersebut biasanya menghalang kerja pemotongan buah.

Prinsip penting bagi melestarikan pengeluaran hasil sawit adalah mengekalkan daun hijau yang ada kerana ia masih dapat menjalankan fungsi penjanaan karbohidrat melalui proses fotosintesis. Justeru itu, daun yang masih hijau harus dikekalkan sepanjang masa sehingga ia menjadi tua dan tidak berfungsi lagi, ataupun dijangkiti penyakit dan telah layu barulah dipotong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.