PROFILE.

Foto saya
KUCHING, SARAWAK, Malaysia
AGROLIFE MANAGEMENT, Merupakan salah sebuah syarikat bumiputera yang dimiliki sepenuhnya oleh Abang Hassimsah B. Haji Abang Zainal, syarikat ini mula beroperasi di kuching setelah didaftarkan dibawah Akta syarikat di Malaysia pada 26, Julai 2011, bidang keutamaan syarikat ini ialah menjalankan perniagaan membekal pokok tanaman dan pelbagai jenama baja cecair dan baja butiran. Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti perniagaan pembekalan baja, AGROLIFE menjalinkan usahasama dengan salah sebuah syarikat global yang menjadi pengimport dan pembekal baja AMMONIUM NITRATE dari Negara China. Ammonium Nitrate dikenali oleh masyarakat dunia sebagai top1 fertilizer merupakan baja yang paling popular dan berkualti tinggi, malahan hampir semua petani dan peladang di seluruh dunia menggunakan baja Ammonium Nitrate. Di Eropah dan America Utara lebih 1.7 tan metric baja Ammonium Nitrate digunakan secara meluas untuk merawat tanah dan menyuburkan semua jenis tanaman.

Sabtu, 21 November 2015

Cara Memastikan Keperluan Baja Untuk Tanaman Sawit, Agrolife Managemant (Abang Hassimsah B. Haji Abang Zainal)


Analisis daun akan menunjukkan tahap kekurangan nutrien yang dialami oleh pokok sawit. Hasil analisis akan dibandingkan dengan jadual standard, dari situ segala kekurangan yang wujud itu boleh ditambahkan menurut beberapa gabungan. Ia menggunakan indeks sebagai ukuran, misalnya indeks kandungan Nitrogen dan indeks kandungan Kalium boleh diselaraskan untuk menuju ke tahap hasil sawit yang dijangkakan. Dari sumber menunjukkan bahawa untuk mendapatkan hasil sawit sebanyak 30 tan/ha/tahun, indeks Nitrogen 2.97% (kepekatan) harus digabungkan dengan indeks Kalium 1.15% (kepekatan ). Kajian ini telah bersandarkan pada tanah siri Rengam dan mengandaikan Fosfat serta Magnesium adalah mencukupi dan tiada kekurangan.
Cara kedua pula lebih kasar tetapi paling mudah. Ia menggunakan rumusan yang terpakai pada alm sekitar yang serupa. Untuk menerapkan cara ini, adalah perlu untuk mengetahui terlebih dahulu hasil yang tercapai di bawah tanpa nutrien dan hasil optimum yang boleh dicapaikan. Daripada satu kajian yang dijalankan di atas tanah granite siri Rengam ( sila lihat jadual 1 ), dapat dilihat hasil tanpa nutrien Nitrogen dan Kalium.
Apabila perangkaan ini dibandingkan dengan perangkaan hasil optimum maka jelas kelihatan kekurangan hasil yang disebabkan oleh ketiadaan nutrien Nitrogen dan kalium tersebut. Dari situ hanya perlu menokok tambah sukatan yang diperlukan supaya mendapatkan hasil optimum. Dalam jadual 1, melainkan kajian ke-3 yang menunjukkan hasil lebih rendah akibat faktor topografi, yang lain itu kelihatan bukan halangan untuk memperolehi hasil 29 tan/ha. Cara kedua ini ada juga masalahnya iaitu data yang sedia ada sangat terhad dan selanjutnya menyempitkan
Jadual 1 : Hasil Sawit Dan Perbezaan Keperluan Baja Di Tanah Siri Rengam (Secara Rata)
Ujian
1
2
3
4
5
Hasil tanpa Nitrogen Tan/FFB/Ha
23.8
23.2
26.6
25.1
26.3
Hasil Tanpa Kalium Tan/FFB/Ha
19.8
21.1
26.4
26.4
23.6
Hasil Optimum Tan/FFB/Ha
28.7
29.1
27.1
29.1
28.8
Perbezaan Hasil FFB N
4.9
5.9
0.5
4.0
2.5
(Tindakbalas)Tan/Ha/Thn K
8.9
8.0
0.7
2.7
5.2
Baja(Kg/Pokok/Tahun)Ammonium Sulphate
5
7
2
5
2
Potassium Chloride
8
7
3
5
7
SumberHugh Foster(2003)-Jadual 1 diringkaskan daripada jadual asal yang menyelaraikan faktor-faktor pengaruh yang diperhatikan dalam ujian seperti taburan hujan, bahan organik, topografi dan CEC.
Jadual 1 menunjukkan bahawa dalam ujian dan siri tanah yang sama hasil yang diperolehi juga tidak sama. Ini disebabkan oleh perbezaan umur pokok, taburan hujan, bahan organik, CEC dalam tanah dan kandungan K yang boleh dikuncup (extractable K ).di samping itu, kadar pembajaan yang optimum juga jauh berbeza, iaitu N di antara 2 – 7 kg/pokok/tahun manakala K di antara 3 – 8 kg/pokok/tahun. Hal ini boleh difahamkan sebagai pengaruh yang disebabkan oleh perbezaan suasana dan kesuburan tanah.
Analisis tanah pula merupakan satu lagi keadah penentuan keperluan kadar pembajaan. Tetapi disebabkan oleh hasil analisis membangkitkan keraguan terhadap ketepatannya, cara ini kurang digunakan. Cara yang akhir sekali ialah membuat pemerhatian di tempat berkenaan untuk memastikan keberkesanan pembajaan di situ. Cara ini amnya hanya dibuat untuk kes khusus yang memerlukan butir yang lebih tertperinci agar kesan pembajaan lebih difahami dan membawa manfaat.

Perbincangan di atas mengesyorkan bahawa meskipun baja adalah batu asas kepada penghasilan, namun kesan pembajaan masih tertakluk kepada pelbagai faktor yang mempengaruhinya. Hal sedemikian akan menyebabkan hasil sebenar tidak sama dengan hasil anggaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.