PROFILE.

Foto saya
KUCHING, SARAWAK, Malaysia
AGROLIFE MANAGEMENT, Merupakan salah sebuah syarikat bumiputera yang dimiliki sepenuhnya oleh Abang Hassimsah B. Haji Abang Zainal, syarikat ini mula beroperasi di kuching setelah didaftarkan dibawah Akta syarikat di Malaysia pada 26, Julai 2011, bidang keutamaan syarikat ini ialah menjalankan perniagaan membekal pokok tanaman dan pelbagai jenama baja cecair dan baja butiran. Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti perniagaan pembekalan baja, AGROLIFE menjalinkan usahasama dengan salah sebuah syarikat global yang menjadi pengimport dan pembekal baja AMMONIUM NITRATE dari Negara China. Ammonium Nitrate dikenali oleh masyarakat dunia sebagai top1 fertilizer merupakan baja yang paling popular dan berkualti tinggi, malahan hampir semua petani dan peladang di seluruh dunia menggunakan baja Ammonium Nitrate. Di Eropah dan America Utara lebih 1.7 tan metric baja Ammonium Nitrate digunakan secara meluas untuk merawat tanah dan menyuburkan semua jenis tanaman.

Rabu, 25 November 2015

Know Your Fertilizer: What NPK really means:Agrolife Management(Abang Hassimsah b.Haji Abang Zainal.









The world of fertilizers can be complex, but it all hinges on three letters: N, P and K. These are the three macronutrients that are essential for plant growth -- nitrogen, phosphorus and potassium. Let's take a tour of these elements and how they impact your garden.

How Corn Uses Nitrogen, Agrolife Managemenat (Abang Hassimsah b.Hj Abang Zainal)




The amount of nitrogen available in the root zone of the soil plays a key role in delivering maximum yields at harvest.


Products mentioned in this video may not be available in all areas. Please check with local regulatory authorities to determine if a product is registered for sale and use in your area.

NITROGEN CYCLE, Agrolife Management (Abang Hassimsah b. Haji Abang Zainal)


Nitrogen cycle in the soil, Agrolife Management (Abang Hassimsah b. Haji Abang Zainal).

Isnin, 23 November 2015

SUMBER MAKANAN TANAMAN,Agrolife Management.(Abang Hassimsah b. Haji Abang Zainal).



Sumber makanan utama untuk tanaman adalah datangnya daripada air, udara dan matahari. Oksigen, Hidrogen dan Karbon adalah nutrien yang diperlukan oleh tanaman dalam kuantiti yang besar untuk menghasilkan makanannya sendiri dalam bentuk karbohidrat melalui proses fotosintesis.
Sumber makanan tanaman yang seterusnya adalah datangnya daripada nutrien dan mineral di dalam tanah. Terdapat 92 jenis mineral nutrien asli dalam tanah, tetapi tanaman hanya memerlukan lebih kurang 16 jenis nutrien sahaja untuk menampung pertumbuhannya dengan sempurna. Mineral nutrien dari tanah terbahagi kepada 2 kategori iaitu, makronutrien dan mikronutrien (trace element). Terdapat 6 jenis mineral nutrien dari kategori makronutrien iaitu, Nitrogen (N), Phosphate (P), Potasium (K), Calcium (Ca), Sulfur (S), dan Magnesium (Mg). Mikronutrien (trace elemen) terdiri daripada Iron (Fe), Manganese (Mn), Boron (B), Copper (Cu), Zink (Zn), Molybdenum (Mb), Chlorine (Cl), Nickel (Ni) dan lain-lain.
Sistem biodiversiti di dalam tanah dapat menjanakan sumber makanan untuk tanaman melalui proses pereputan sisa tanaman kepada bentuk humus yang dapat digunakan oleh tanaman. Mikro-organisma, cacing dan serangga lain juga dapat mempengaruhi peningkatan keupayaan penadahan air dalam tanah justeru membaikpulih kesuburan tanah.



OBJEKTIF PEMBAJAAN.

#Membekalkan tanaman dengan nutrien yang mencukupi serta lengkap.
#Perletakan atau penempatan baja di kawasan yang terbaik bagi mengelakkan kehilangan nutrien melalui larian permukaan, pemeruwapan, dan larut resap.


• FUNGSI BAJA

Keupayaan tanaman untuk tumbuh dengan sihat dan berdaya untuk mempertahankan diri dari segala penyakit, serangan kulat, serangan serangga dan tekanan persekitaran adalah dengan memberikannya nutrien yang mencukupi dan lengkap. Baja yang baik mengandungi semua mineral yang diperlukan oleh tanaman dan tidak memudaratkan mikro-organisma dan juga struktur tanah.



BAJA NUTRI MULTI KELUARAN AGROLIFE BANYAKMEMBANTU PELADANG /PEKEBUN  BAGI MENINGKATKAN PENGELUARAN HASIL TANAMAN HASIL SAWIT 



NUTRIEN DAN KEPENTINGANNYA KEPADA TANAMAN,Agrolife Management (Abang Hassimsah b. Haji Abang Zainal)

Jenis dan fungsi nutrien tanaman

Tanaman memerlukan sumber makanan (nutrien)  untuk mereka tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang baik dan berkualiti.  Nutrien tanaman terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu;

·         Makronutrien

·         Mikronutrien

 

MAKRONUTRIEN

     Ia merupakan unsur yang amat diperlukan oleh tanaman di dalam kuantiti yang banyak. Terbahagi kepada 2 unsur iaitu unsur utama dan unsur sekunder.

 

     Elemen makronutrien yang tergolong di dalam unsur  utama ialah Karbon (C), Hidrogen (H) , Oksigen (O) ,Nitrogen (N) , Fosforus(P)  dan Kalium(K).

 

     Unsur-unsur karbon, hidrogen dan oksigen amat mudah diperolehi oleh tanaman melalui udara dan air. Unsur-unsur nitrogen, fosforus dan kalium  adalah  biasanya diberikan kepada tanaman melalui PEMBAJAAN. Setiap unsur ini mempunyai peranan tersendiri di dalam memberi sokongan terhadap kitar hidup sesuatu tanaman.

 

 NITROGEN (N)

 

Kepentingan

·         Memberikan warna 'hijau' kepada tumbuhan melalui pembentukan klorofil.

·         Membantu dalam pembentukan asid amino(protein) dan enzim-enzim di dalam sel-sel tumbuhan

·         Pertumbuhan tanaman

Kesan kekurangan

  Daun akan menjadi kuning

  Daun di bawah akan gugur

  Pertumbuhan pokok menjadi lambat

 

Nitrogen amat mudah larut di dalam air. Oleh itu penyiraman yang melampau akan memudahkan unsur ini hilang dengan cepat daripada capaian akar tumbuhan atau penyerapan melalui daun. Pemberian baja yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi akan meyebabkan kesan terbakar pada pokok dan pokok tidak akan mengeluarkan hasil  (bunga atau buah).

 

 

FOSFORUS (P)

 Kepentingan

·         Merangsang pertumbuhan akar

·         Merangsang pengeluaran bunga

·         Membantu di dalam  menguatkan sistem pertahanan pokok

 

Kesan kekurangan

Pertumbuhan terbantut

·         Warna daun  menjadi hijau tua

·         Akar pokok terbantut dan menjadi kecil

·         Buah menjadi lambat untuk matang dan masak

 

KALIUM (K)

            Kepentingan

·         Untuk pembungaan dan pembuahan

·         Sistem pertahanan tanaman

·         Membantu di dalam proses kimia dalaman pokok  seperti proses pengeluaran karbohidrat, gula, protein dan enzim enzim yang diperlukan oleh pokok untuk hidup dengan subur.

·         Mengatur kadar penggunaan air oleh pokok

 

            Kesan kekurangan

·         Proses sintesis protein terjejas

·         Daun menguning dan tisu di hujung dan di tepi daun layu dan mati

·         Pertumbuhan terbantut


KALSIUM (Ca)

            Kepentingan

·         Amat diperlukan untuk pertumbuhan meristem hujung pucuk dan akar

·         Penting di dalam pembentukan dinding sel tumbuhan

·         Perlu di dalam proses fotosintesis

·         Aktifkan enzim di dalam metabolisma karbohidrat untuk menghasilkan protein dan asid amino

·         Berperanan di dalam pembahagian sel dan pertumbuhan tanman dengan membantu di dalam penyerakan gula di antara komponen komponen tanaman.

·         Membantu di dalam proses mematangkan stem

·         Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit

·         Mengatur di dalam penutupan dan pembukaan liang stomata

·         Memperbaiki tekstur buah.

 

            Kesan kekurangan

·         Pertumbuhan terbantut

·         Bentuk daun muda tidak sekata dan 

      tidak subur.


MAGNESIUM (Mg)

            Kepentingan

·         Penting di dalam pembentukan klorofil

·         Komponen penting di dalam protoplasma tanaman

      Kesan kekurangan

·         Klorosis berlaku iaitu  daun-daun menguning

·         Sebahagian daun atau keseluruhan daun mati

 

SULFUR (S)

Kepentingan

·         Membantu di dalam pembahagian sel

·         Mempercepatkan perkembangan buah

·         Komponen penting di dalam protoplasma

            Kesan kekurangan

·         Daun muda menguning

·         Pertumbuhan lambat


MIKRONUTRIEN

 

MANGAN (Mn)

            Kepentingan

·         Mengaktifkan sesetengah enzim di dalam tanaman

      Kesan kekurangan

·         Klorosis

·         Daun bertompok  tompok kuning


 

BORON (B)

Kepentingan

·         Diperlukan di dalam penguraian karbohidrat

            Kesan kekurangan

·         Pembentukan bunga terhalang

·         Pertumbuhan pucuk dan akar terbantut

 

ZINK (Z)

            Kepentingan

·         Mengaktifkan sesetengah enzim

·         Menghalang buah  daripada gugur pra matang

·         Merangsang pengeluaran akan 

Kesan kekurangan

·         Pertumbuhan terbantut

 

KUPRUM (Cu)

            Kepentingan

·         Komponen di dalam struktur enzim tanaman

·         Memangkin tindak balas pengoksidaan

            Kesan kekurangan

·         Pertumbuhan tidak normal

 

MOLIBDENUM (Mo)

            Kepentingan

·         Komponen enzim yang terlibat dalam metabolisme nitrogen

            Kesan kekurangan

·         Pertumbuhan terbantut

 

            Kepentingan

·         Penting di dalam sintesis klorofil

·         Sebagai pemangkin di dalam tindak balas kimia tanaman

            Kesan Kekurangan

·         Klorosis wujud pada kawasan urat daun

 

KESIMPULAN

 

PEMBAJAAN adalah satu perkara penting kepada tanaman anda

 






Sabtu, 21 November 2015

Kesan Pangkasan Pelepah Daun Ke atas Pengeluaran Hasil Sawit, Agrolife Management (Abang Hassimsah b. Haji Abang Zainal.

Satu ekperimen yang telah dijalankan di Malaysia ke atas pokok sawit berumur 8-12 tahun itu didapati bahawa pangkasan pelepah daun sehingga meninggalkan jumlah pelepah 8, 16 dan 24 masing-masing menunjukkan penurunan hasil, bilangan buah tandan, berat purata buah tandan, bilangan spika /tandan, bilangan bunga/spika dan berat purata buah tandan. Manakala pokok sawit yang mengekal 32 dan 40 pelepah tidak menunjukkan pengaruh yang ketara ke atas parameter tersebut di atas.
Oleh yang demikian, maka dapat difahami bahawa pokok berumur 8-12 tahun dan ke atas harus mengekalkan sekurang-kurangnya 32 pelepah supaya hasil tidak terjejas. Pangkasan pelepah sehingga tinggal 24 pelepah dan ke bawah boleh menyebabkan hasil merosot sebanyak 20 %.
Bagi pokok muda berumur di antara 5-8 tahun, hasil ujian menunjukkan bahawa pangkasan pelepah sehingga bilangan pelepah kurang daripada 40 batang akan merosotkan hasil. Kes-kes tersebut di atas ini adalah disebabkan pangkasan intensif akan meningkatkan kadar keguguran bunga betina manakala pengeluaran bunga jantan akan bertambah di sebalik pengurangan hasilan bunga betina.
Apabila keadan ini berlaku, maka nisbah jantina akan jatuh. Kesan negatif terhasil daripada pangkasan pelepah berlebihan akan wujud selepas 2 tahun pangkasan tersebut dijalankan. Justeru, boleh dikatakan bahawa pangkasan intensif memberi kesan di tempoh penentuan jantina pokok sawit yang mana bunga bersifat dwi-jantina itu telah menghala ke arah pembentukan bunga jantan ekoran pangkasan pelepah berlebihan.
Menurut satu rekod perbandingan, bagi sebilangan pokok sawit yang mempunyai 27 pelepah secara purata jika 40 % daripadanya hanya mempunyai 24 pelepah atau kurang, maka penurunan hasil kasar adalah sebanyak 10 %. Tetapi jika pelepah purata adalah berjumlah 37 dengan 20 % daripadanya mempunyai pelepah kurang daripada 32 pelepah, hasil hanya akan merosot sebanyak 1 %.
Oleh itu, pengusaha tanaman sawit sama ada mahu mengamalkan sistem pangkasan daun mengekalkan 2 batang pelepah di bawah buah tandan atau satu pelepah saja adalah pertimbangan masing-masing kerana pelepah tersebut biasanya menghalang kerja pemotongan buah.

Prinsip penting bagi melestarikan pengeluaran hasil sawit adalah mengekalkan daun hijau yang ada kerana ia masih dapat menjalankan fungsi penjanaan karbohidrat melalui proses fotosintesis. Justeru itu, daun yang masih hijau harus dikekalkan sepanjang masa sehingga ia menjadi tua dan tidak berfungsi lagi, ataupun dijangkiti penyakit dan telah layu barulah dipotong.