Sumber
makanan utama untuk tanaman adalah datangnya daripada air, udara dan matahari. Oksigen,
Hidrogen dan Karbon adalah nutrien yang diperlukan oleh tanaman dalam kuantiti
yang besar untuk menghasilkan makanannya sendiri dalam bentuk karbohidrat
melalui proses fotosintesis.
Sumber makanan tanaman yang
seterusnya adalah datangnya daripada nutrien dan mineral di dalam tanah.
Terdapat 92 jenis mineral nutrien asli dalam tanah, tetapi tanaman hanya
memerlukan lebih kurang 16 jenis nutrien sahaja untuk menampung pertumbuhannya
dengan sempurna. Mineral nutrien dari tanah terbahagi kepada 2 kategori iaitu,
makronutrien dan mikronutrien (trace element). Terdapat 6 jenis mineral nutrien
dari kategori makronutrien iaitu, Nitrogen (N), Phosphate (P), Potasium (K),
Calcium (Ca), Sulfur (S), dan Magnesium (Mg). Mikronutrien (trace elemen)
terdiri daripada Iron (Fe), Manganese (Mn), Boron (B), Copper (Cu), Zink (Zn),
Molybdenum (Mb), Chlorine (Cl), Nickel (Ni) dan lain-lain.
Sistem biodiversiti di dalam tanah
dapat menjanakan sumber makanan untuk tanaman melalui proses pereputan sisa
tanaman kepada bentuk humus yang dapat digunakan oleh tanaman. Mikro-organisma,
cacing dan serangga lain juga dapat mempengaruhi peningkatan keupayaan
penadahan air dalam tanah justeru membaikpulih kesuburan tanah.
#Membekalkan tanaman dengan nutrien yang mencukupi serta lengkap.
#Perletakan
atau penempatan baja di kawasan yang terbaik bagi mengelakkan kehilangan
nutrien melalui larian permukaan, pemeruwapan, dan larut resap.
• FUNGSI BAJA
Keupayaan
tanaman
untuk tumbuh dengan sihat dan berdaya untuk mempertahankan diri dari segala
penyakit, serangan kulat, serangan serangga dan tekanan persekitaran adalah
dengan memberikannya nutrien yang mencukupi dan lengkap. Baja yang baik
mengandungi semua mineral yang diperlukan oleh tanaman dan tidak memudaratkan
mikro-organisma dan juga struktur tanah.
BAJA NUTRI MULTI KELUARAN AGROLIFE BANYAKMEMBANTU PELADANG /PEKEBUN BAGI MENINGKATKAN PENGELUARAN HASIL TANAMAN HASIL SAWIT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.