Analisis daun akan menunjukkan tahap kekurangan nutrien yang dialami
oleh pokok sawit. Hasil analisis akan dibandingkan dengan jadual standard, dari
situ segala kekurangan yang wujud itu boleh ditambahkan menurut beberapa
gabungan. Ia menggunakan indeks sebagai ukuran, misalnya indeks kandungan
Nitrogen dan indeks kandungan Kalium boleh diselaraskan untuk menuju ke tahap
hasil sawit yang dijangkakan. Dari sumber menunjukkan bahawa untuk mendapatkan
hasil sawit sebanyak 30 tan/ha/tahun, indeks Nitrogen 2.97% (kepekatan) harus
digabungkan dengan indeks Kalium 1.15% (kepekatan ). Kajian ini telah bersandarkan
pada tanah siri Rengam dan mengandaikan Fosfat serta Magnesium adalah mencukupi
dan tiada kekurangan.
Cara kedua pula lebih kasar tetapi paling mudah. Ia menggunakan rumusan
yang terpakai pada alm sekitar yang serupa. Untuk menerapkan cara ini, adalah perlu
untuk mengetahui terlebih dahulu hasil yang tercapai di bawah tanpa nutrien dan
hasil optimum yang boleh dicapaikan. Daripada satu kajian yang dijalankan di
atas tanah granite siri Rengam ( sila lihat jadual 1 ), dapat dilihat hasil
tanpa nutrien Nitrogen dan Kalium.
Apabila perangkaan ini dibandingkan dengan perangkaan hasil optimum maka
jelas kelihatan kekurangan hasil yang disebabkan oleh ketiadaan nutrien
Nitrogen dan kalium tersebut. Dari situ hanya perlu menokok tambah sukatan yang
diperlukan supaya mendapatkan hasil optimum. Dalam jadual 1, melainkan kajian
ke-3 yang menunjukkan hasil lebih rendah akibat faktor topografi, yang lain itu
kelihatan bukan halangan untuk memperolehi hasil 29 tan/ha. Cara kedua ini ada
juga masalahnya iaitu data yang sedia ada sangat terhad dan selanjutnya
menyempitkan
Jadual 1 : Hasil Sawit Dan Perbezaan Keperluan Baja Di Tanah Siri Rengam
(Secara Rata)
Ujian
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
Hasil
tanpa Nitrogen Tan/FFB/Ha
|
23.8
|
23.2
|
26.6
|
25.1
|
26.3
|
Hasil
Tanpa Kalium Tan/FFB/Ha
|
19.8
|
21.1
|
26.4
|
26.4
|
23.6
|
Hasil
Optimum Tan/FFB/Ha
|
28.7
|
29.1
|
27.1
|
29.1
|
28.8
|
Perbezaan
Hasil FFB N
|
4.9
|
5.9
|
0.5
|
4.0
|
2.5
|
(Tindakbalas)Tan/Ha/Thn
K
|
8.9
|
8.0
|
0.7
|
2.7
|
5.2
|
Baja(Kg/Pokok/Tahun)Ammonium
Sulphate
|
5
|
7
|
2
|
5
|
2
|
Potassium
Chloride
|
8
|
7
|
3
|
5
|
7
|
Sumber:Hugh Foster(2003)-Jadual 1 diringkaskan daripada
jadual asal yang menyelaraikan faktor-faktor pengaruh yang diperhatikan
dalam ujian seperti taburan hujan, bahan organik, topografi dan CEC.
Jadual 1 menunjukkan bahawa dalam ujian dan siri tanah yang sama hasil yang
diperolehi juga tidak sama. Ini disebabkan oleh perbezaan umur pokok, taburan
hujan, bahan organik, CEC dalam tanah dan kandungan K yang boleh dikuncup
(extractable K ).di samping itu, kadar pembajaan yang optimum juga jauh
berbeza, iaitu N di antara 2 – 7 kg/pokok/tahun manakala K di antara 3 – 8
kg/pokok/tahun. Hal ini boleh difahamkan sebagai pengaruh yang disebabkan oleh
perbezaan suasana dan kesuburan tanah.
Analisis tanah pula merupakan satu lagi keadah penentuan keperluan kadar
pembajaan. Tetapi disebabkan oleh hasil analisis membangkitkan keraguan
terhadap ketepatannya, cara ini kurang digunakan. Cara yang akhir sekali ialah
membuat pemerhatian di tempat berkenaan untuk memastikan keberkesanan pembajaan
di situ. Cara ini amnya hanya dibuat untuk kes khusus yang memerlukan butir
yang lebih tertperinci agar kesan pembajaan lebih difahami dan membawa manfaat.
Perbincangan di atas mengesyorkan bahawa meskipun baja adalah batu asas
kepada penghasilan, namun kesan pembajaan masih tertakluk kepada pelbagai
faktor yang mempengaruhinya. Hal sedemikian akan menyebabkan hasil sebenar
tidak sama dengan hasil anggaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.