Kesuburan
tanaman bergantung pada PEMILIHAN JENIS BAJA , SUKATAN BAJA dan JADUAL MEMBAJA.
Pokok yang dibaja akan menjadi sia-sia sekiranya baja yang digunakan tidak
sesuai dengan keperluannya. Pembajaan bertujuan untuk memulihkan kandungan
nutrien dalam tanah yang telah diserap oleh tanaman melalui proses
fisiologinya. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan tumbesaran terbantut,
tanaman mudah patah dan daun menjadi kuning. Oleh itu baja boleh di takrifkan
sebagai punca pemakanan tumbuhan yang boleh dicampurkan kepada tanah untuk
membekalkan bahan-bahan yang diperlukan oleh pokok.
MASA DAN PERSEDIAAN
SEBELUM MEMBAJA.
Masa
yang sesuai untuk membaja adalah pada musim sederhana lembap. Musim terlalu kering (kemarau) tidak sesuai
kerana baja memerlukan air untuk terurai sebelum ia diserap oleh pokok melalui
akar.
Musim
yang terlalu basah (hujan) juga kurang sesuai kerana banyak baja akan hilang
dilarikan air terutama di kawasan cerun atau melalui larut resap di kawasan
tanah rata yang mempunyai kandungan pasir yang tinggi.
Kawasan
yang hendak ditabur baja hendaklah terlebih dahulu dibersihkan dari semua
rumpai kerana rumpai akan bersaing untuk mendapatkan baja dengan pokok
sawit.
KAEDAH PEMBAJAAN SAWIT
YANG BERKESAN:
Kaedah
pembajaan yang cekap adalah perlu bagi mendapat keputusan yang maksimum samada
daripada segi tuaian hasil atau pun pengurusan kos. Kaedah yang ingin
dikongsikan adalah sebagaimana dibawah:-
Kaedah ‘task’
Task
dengan jumlah pokok yang ditentukan diberikan kepada pekerja. Pekerja perlu menghabiskan baja dalam task
tersebut. Sebarang pencabulan seperti
dos baja tidak serata atau ada pokok yang tidak dapat akan dipertanggungjawapkan
hanya kepada pekerja tersebut.
Kaedah ‘label’
Pekerja
dikehendaki menampal label yang tertera nombor atau nama pekerja pada pokok
yang terakhir dalam baris pokok. Mandor
mesti mengambil balik label yang diletakkan oleh pekerja. Sebarang masalah yang dijumpai oleh mandor
semasa mengambil label, boleh terus ditujukan kepada pekerja berkenaan.
Kaedah angkat-masuk :Pekerja perlu mengangkat beg baja
masuk ke tengah baris pokok dan mulakan pembajaan dari pokok yang terletak
ditengah baris ke arah luar pokok yang terletak ditepi jalan.
Kaedah kereta sorong : Kereta sorong digunakan untuk
mengangkat baja dan seorang pekerja lagi menabur baja.
Kaedah beg plastik : Baja di bungkus didalam beg plastik
kecil dengan dos yang cukup untuk satu pokok.
Kemudian pekerja membawa beg plastik yang berisi baja dengan jumlah yang
sama dengan jumlah pokok dalam satu atau dua baris.
Kaedah ‘spreader’ : Aplikasi menggunakan spreader adalah
yang terbaik. Baja dapat ditabur secara
rata dan hampir sama. Apa yang penting
ialah mengetahui jumlah pokok yang boleh menggunakan spreader dan yang tidak
boleh seperti kawasan teres dan jurang
Perkara
yang paling penting dalam meningkatkan kecekapan penyeliaan pembajaan ialah
mengetahui jumlah pokok dalam sesuatu kawasan dengan tepat.
Teknik
penomboran pokok boleh meningkatkan kecekapan penyeliaan. Anda boleh anggarkan secara tepat jumlah baja
yang diperlukan sbil mengetahui jumlah pokok disesuatu kawasan dengan tepat. Sebarang baki baja yang berlebihan atau
kekurangan disesuatu kawasan yang telah diprogramkan boleh menimbulkan
kesangsian terhadap pekerja berkenaan seterusnya siasatan boleh dijalankan.
Pembajaan
yang berkesan merupakan salah satu faktor penting untuk meningkatkan hasil
sawit. Sekiranya pembajaan dijalankan
dengan sempurna dan menggunakan baja yang berkualiti dan seimbang dengan
pengurusan ladang yang baik, hasil ladang yang telah sedia tinggi boleh terus
dikekalkan dan hasil yang rendah boleh dipertingkatkan.
Oleh
kerana kos baja pada masa ini agak mahal, pekebun kecil mesti menggunakan baja
dengan berhemah melalui pemilihan jenis baja yang sesuai, penggunaan kadar,
kekerapan dan perletakan baja yang betul serta menggunakan bahan organik yang
terdapat secara percuma atau murah dari kilang sawit untuk pembaikan semula
tanah.
TAWARAN RAKANTANI
AGROLIFE.:
Baja NUTRI MULTI Jenis cecair keluaran agrolife
management mula berada di pasaran pada
awal 2013, Baja ini mendapat sambutan yang mengalakkan berikutan kesan yang
positif bagi MERAWAT TANAH dan MENIGKATKAN
HASIL TANAMAN terutamanya bagi tanaman sawit, ramai dikalngan petani dan
peladang melahirkan rasa puas hati setelah menggunakan baja Nutri Multi ini.
Memandangkan
sambutan yang bergitu menggalakkan
dari kalangan petani dan
peladang pihak pengurusan Agrolife
membuka peluang kepada petani dan peladang yang berminat untuk menjadi
rakantani agrolife sebagai pengguna dan pengedar.
Kelebihan
sebagai rakantani agrolife, boleh menjadi pengguna dan pengedar, secara langsung mereka akan mendapat pelbagai kemudahan
seperti, mendapatan tawaran harga rendah, (harga pengedar), bantuan pinjaman
pembelian baja (credit sehingga 50%), dan keistimewaan lain seperti mendapat
komisen, hadiah dan bonus.
Untuk
menjadi rakantani agrolife keahlian adalah PERCUMA,terbuka bagi pengusaha sawit
yang mempunyai tanaman sawit berusia 5Tahun ke atas dengan keluasan tanah
sekurang-kurangnya 7Ekar ke atas. untuk
mendapat keterangan lanjut bolehlah menghubungi
PENGURUS AGROLIFE MANAGEMENT,
ditalian 013-5741000 atau 014-5919600.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.