PROFILE.
- AGROLIFE MANAGEMENT/Abang Hassimsah
- KUCHING, SARAWAK, Malaysia
- AGROLIFE MANAGEMENT, Merupakan salah sebuah syarikat bumiputera yang dimiliki sepenuhnya oleh Abang Hassimsah B. Haji Abang Zainal, syarikat ini mula beroperasi di kuching setelah didaftarkan dibawah Akta syarikat di Malaysia pada 26, Julai 2011, bidang keutamaan syarikat ini ialah menjalankan perniagaan membekal pokok tanaman dan pelbagai jenama baja cecair dan baja butiran. Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti perniagaan pembekalan baja, AGROLIFE menjalinkan usahasama dengan salah sebuah syarikat global yang menjadi pengimport dan pembekal baja AMMONIUM NITRATE dari Negara China. Ammonium Nitrate dikenali oleh masyarakat dunia sebagai top1 fertilizer merupakan baja yang paling popular dan berkualti tinggi, malahan hampir semua petani dan peladang di seluruh dunia menggunakan baja Ammonium Nitrate. Di Eropah dan America Utara lebih 1.7 tan metric baja Ammonium Nitrate digunakan secara meluas untuk merawat tanah dan menyuburkan semua jenis tanaman.
Rabu, 25 November 2015
Know Your Fertilizer: What NPK really means:Agrolife Management(Abang Hassimsah b.Haji Abang Zainal.
The world of fertilizers can be complex, but it all hinges on three letters: N, P and K. These are the three macronutrients that are essential for plant growth -- nitrogen, phosphorus and potassium. Let's take a tour of these elements and how they impact your garden.
How Corn Uses Nitrogen, Agrolife Managemenat (Abang Hassimsah b.Hj Abang Zainal)
The amount of nitrogen available in the root zone of the soil plays a key role in delivering maximum yields at harvest.
Products mentioned in this video may not be available in all areas. Please check with local regulatory authorities to determine if a product is registered for sale and use in your area.
Isnin, 23 November 2015
SUMBER MAKANAN TANAMAN,Agrolife Management.(Abang Hassimsah b. Haji Abang Zainal).
Sumber
makanan utama untuk tanaman adalah datangnya daripada air, udara dan matahari. Oksigen,
Hidrogen dan Karbon adalah nutrien yang diperlukan oleh tanaman dalam kuantiti
yang besar untuk menghasilkan makanannya sendiri dalam bentuk karbohidrat
melalui proses fotosintesis.
Sumber makanan tanaman yang
seterusnya adalah datangnya daripada nutrien dan mineral di dalam tanah.
Terdapat 92 jenis mineral nutrien asli dalam tanah, tetapi tanaman hanya
memerlukan lebih kurang 16 jenis nutrien sahaja untuk menampung pertumbuhannya
dengan sempurna. Mineral nutrien dari tanah terbahagi kepada 2 kategori iaitu,
makronutrien dan mikronutrien (trace element). Terdapat 6 jenis mineral nutrien
dari kategori makronutrien iaitu, Nitrogen (N), Phosphate (P), Potasium (K),
Calcium (Ca), Sulfur (S), dan Magnesium (Mg). Mikronutrien (trace elemen)
terdiri daripada Iron (Fe), Manganese (Mn), Boron (B), Copper (Cu), Zink (Zn),
Molybdenum (Mb), Chlorine (Cl), Nickel (Ni) dan lain-lain.
Sistem biodiversiti di dalam tanah
dapat menjanakan sumber makanan untuk tanaman melalui proses pereputan sisa
tanaman kepada bentuk humus yang dapat digunakan oleh tanaman. Mikro-organisma,
cacing dan serangga lain juga dapat mempengaruhi peningkatan keupayaan
penadahan air dalam tanah justeru membaikpulih kesuburan tanah.
#Membekalkan tanaman dengan nutrien yang mencukupi serta lengkap.
#Perletakan
atau penempatan baja di kawasan yang terbaik bagi mengelakkan kehilangan
nutrien melalui larian permukaan, pemeruwapan, dan larut resap.
• FUNGSI BAJA
Keupayaan
tanaman
untuk tumbuh dengan sihat dan berdaya untuk mempertahankan diri dari segala
penyakit, serangan kulat, serangan serangga dan tekanan persekitaran adalah
dengan memberikannya nutrien yang mencukupi dan lengkap. Baja yang baik
mengandungi semua mineral yang diperlukan oleh tanaman dan tidak memudaratkan
mikro-organisma dan juga struktur tanah.
BAJA NUTRI MULTI KELUARAN AGROLIFE BANYAKMEMBANTU PELADANG /PEKEBUN BAGI MENINGKATKAN PENGELUARAN HASIL TANAMAN HASIL SAWIT
NUTRIEN DAN KEPENTINGANNYA KEPADA TANAMAN,Agrolife Management (Abang Hassimsah b. Haji Abang Zainal)
Jenis dan fungsi nutrien tanaman
Tanaman memerlukan sumber makanan (nutrien) untuk mereka tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang baik dan berkualiti. Nutrien tanaman terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu;
·
Makronutrien
·
Mikronutrien
MAKRONUTRIEN
Ia merupakan unsur yang amat diperlukan oleh tanaman di dalam kuantiti yang
banyak. Terbahagi kepada 2 unsur iaitu unsur utama dan unsur sekunder.
Elemen makronutrien yang tergolong di dalam unsur utama ialah Karbon (C), Hidrogen
(H) , Oksigen (O) ,Nitrogen (N) , Fosforus(P) dan
Kalium(K).
Unsur-unsur karbon, hidrogen dan oksigen amat mudah diperolehi oleh tanaman
melalui udara dan air. Unsur-unsur
nitrogen, fosforus dan kalium adalah biasanya diberikan kepada tanaman
melalui PEMBAJAAN. Setiap unsur ini mempunyai peranan tersendiri di dalam
memberi sokongan terhadap kitar hidup sesuatu tanaman.
NITROGEN (N)
Kepentingan
·
Memberikan warna 'hijau' kepada
tumbuhan melalui pembentukan klorofil.
·
Membantu dalam pembentukan asid
amino(protein) dan enzim-enzim di dalam sel-sel tumbuhan
·
Pertumbuhan tanaman
Kesan kekurangan
Daun
akan menjadi kuning
Daun
di bawah akan gugur
Pertumbuhan
pokok menjadi lambat
Nitrogen
amat mudah larut di dalam air. Oleh itu penyiraman yang melampau akan
memudahkan unsur ini hilang dengan cepat daripada capaian akar tumbuhan atau
penyerapan melalui daun. Pemberian baja yang mempunyai kandungan nitrogen yang
tinggi akan meyebabkan kesan terbakar pada pokok dan pokok tidak akan
mengeluarkan hasil (bunga atau buah).
FOSFORUS (P)
Kepentingan
·
Merangsang pertumbuhan akar
·
Merangsang pengeluaran bunga
·
Membantu di dalam
menguatkan sistem pertahanan pokok
Kesan
kekurangan
Pertumbuhan
terbantut
·
Warna daun menjadi hijau
tua
·
Akar pokok terbantut dan
menjadi kecil
·
Buah menjadi lambat untuk
matang dan masak
KALIUM (K)
Kepentingan
·
Untuk pembungaan dan pembuahan
·
Sistem pertahanan tanaman
·
Membantu di dalam proses kimia
dalaman pokok seperti proses pengeluaran karbohidrat, gula, protein dan
enzim enzim yang diperlukan oleh pokok untuk hidup dengan subur.
·
Mengatur kadar penggunaan air
oleh pokok
Kesan
kekurangan
·
Proses sintesis protein
terjejas
·
Daun menguning dan tisu di
hujung dan di tepi daun layu dan mati
·
Pertumbuhan terbantut
KALSIUM (Ca)
Kepentingan
·
Amat diperlukan untuk
pertumbuhan meristem hujung pucuk dan akar
·
Penting di dalam pembentukan
dinding sel tumbuhan
·
Perlu di dalam proses
fotosintesis
·
Aktifkan enzim di dalam
metabolisma karbohidrat untuk menghasilkan protein dan asid amino
·
Berperanan di dalam pembahagian
sel dan pertumbuhan tanman dengan membantu di dalam penyerakan gula di antara
komponen komponen tanaman.
·
Membantu di dalam proses
mematangkan stem
·
Meningkatkan daya tahan
terhadap penyakit
·
Mengatur di dalam penutupan dan
pembukaan liang stomata
·
Memperbaiki tekstur buah.
Kesan
kekurangan
·
Pertumbuhan terbantut
· Bentuk daun muda tidak sekata dan
tidak subur.
MAGNESIUM (Mg)
Kepentingan
·
Penting di dalam pembentukan
klorofil
· Komponen penting di dalam protoplasma tanaman
Kesan kekurangan
·
Klorosis berlaku iaitu
daun-daun menguning
·
Sebahagian daun atau
keseluruhan daun mati
SULFUR (S)
Kepentingan
·
Membantu di dalam pembahagian
sel
·
Mempercepatkan perkembangan
buah
·
Komponen penting di dalam
protoplasma
Kesan
kekurangan
·
Daun muda menguning
·
Pertumbuhan lambat
MIKRONUTRIEN
MANGAN (Mn)
Kepentingan
· Mengaktifkan sesetengah enzim di dalam tanaman
Kesan kekurangan
·
Klorosis
·
Daun bertompok tompok
kuning
BORON (B)
Kepentingan
·
Diperlukan di dalam penguraian
karbohidrat
Kesan
kekurangan
·
Pembentukan bunga terhalang
·
Pertumbuhan pucuk dan akar
terbantut
ZINK (Z)
Kepentingan
·
Mengaktifkan sesetengah enzim
·
Menghalang buah
daripada gugur pra matang
· Merangsang pengeluaran akan
Kesan kekurangan
·
Pertumbuhan terbantut
KUPRUM (Cu)
Kepentingan
·
Komponen di dalam struktur
enzim tanaman
·
Memangkin tindak balas
pengoksidaan
Kesan
kekurangan
·
Pertumbuhan tidak normal
MOLIBDENUM (Mo)
Kepentingan
·
Komponen enzim yang terlibat
dalam metabolisme nitrogen
Kesan
kekurangan
·
Pertumbuhan terbantut
Kepentingan
·
Penting di dalam sintesis
klorofil
·
Sebagai pemangkin di dalam
tindak balas kimia tanaman
Kesan
Kekurangan
·
Klorosis wujud pada kawasan
urat daun
KESIMPULAN
PEMBAJAAN
adalah satu perkara penting kepada tanaman anda
Sabtu, 21 November 2015
Kesan Pangkasan Pelepah Daun Ke atas Pengeluaran Hasil Sawit, Agrolife Management (Abang Hassimsah b. Haji Abang Zainal.
Satu ekperimen yang telah dijalankan di Malaysia ke atas pokok sawit
berumur 8-12 tahun itu didapati bahawa pangkasan pelepah daun sehingga
meninggalkan jumlah pelepah 8, 16 dan 24 masing-masing menunjukkan penurunan
hasil, bilangan buah tandan, berat purata buah tandan, bilangan spika /tandan, bilangan
bunga/spika dan berat purata buah tandan. Manakala pokok sawit yang mengekal 32
dan 40 pelepah tidak menunjukkan pengaruh yang ketara ke atas parameter
tersebut di atas.
Oleh yang demikian, maka dapat difahami bahawa pokok berumur 8-12 tahun
dan ke atas harus mengekalkan sekurang-kurangnya 32 pelepah supaya hasil tidak
terjejas. Pangkasan pelepah sehingga tinggal 24 pelepah dan ke bawah boleh
menyebabkan hasil merosot sebanyak 20 %.
Bagi pokok muda berumur di antara 5-8 tahun, hasil ujian menunjukkan
bahawa pangkasan pelepah sehingga bilangan pelepah kurang daripada 40 batang
akan merosotkan hasil. Kes-kes tersebut di atas ini adalah disebabkan pangkasan
intensif akan meningkatkan kadar keguguran bunga betina manakala pengeluaran
bunga jantan akan bertambah di sebalik pengurangan hasilan bunga betina.
Apabila keadan ini berlaku, maka nisbah jantina akan jatuh. Kesan
negatif terhasil daripada pangkasan pelepah berlebihan akan wujud selepas 2
tahun pangkasan tersebut dijalankan. Justeru, boleh dikatakan bahawa pangkasan
intensif memberi kesan di tempoh penentuan jantina pokok sawit yang mana bunga
bersifat dwi-jantina itu telah menghala ke arah pembentukan bunga jantan ekoran
pangkasan pelepah berlebihan.
Menurut satu rekod perbandingan, bagi sebilangan pokok sawit yang
mempunyai 27 pelepah secara purata jika 40 % daripadanya hanya mempunyai 24
pelepah atau kurang, maka penurunan hasil kasar adalah sebanyak 10 %. Tetapi
jika pelepah purata adalah berjumlah 37 dengan 20 % daripadanya mempunyai
pelepah kurang daripada 32 pelepah, hasil hanya akan merosot sebanyak 1 %.
Oleh itu, pengusaha tanaman sawit sama ada mahu mengamalkan sistem
pangkasan daun mengekalkan 2 batang pelepah di bawah buah tandan atau satu
pelepah saja adalah pertimbangan masing-masing kerana pelepah tersebut biasanya
menghalang kerja pemotongan buah.
Prinsip penting bagi melestarikan pengeluaran hasil sawit adalah
mengekalkan daun hijau yang ada kerana ia masih dapat menjalankan fungsi
penjanaan karbohidrat melalui proses fotosintesis. Justeru itu, daun yang masih
hijau harus dikekalkan sepanjang masa sehingga ia menjadi tua dan tidak
berfungsi lagi, ataupun dijangkiti penyakit dan telah layu barulah dipotong.
Langgan:
Catatan (Atom)