PROFILE.

Foto saya
KUCHING, SARAWAK, Malaysia
AGROLIFE MANAGEMENT, Merupakan salah sebuah syarikat bumiputera yang dimiliki sepenuhnya oleh Abang Hassimsah B. Haji Abang Zainal, syarikat ini mula beroperasi di kuching setelah didaftarkan dibawah Akta syarikat di Malaysia pada 26, Julai 2011, bidang keutamaan syarikat ini ialah menjalankan perniagaan membekal pokok tanaman dan pelbagai jenama baja cecair dan baja butiran. Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti perniagaan pembekalan baja, AGROLIFE menjalinkan usahasama dengan salah sebuah syarikat global yang menjadi pengimport dan pembekal baja AMMONIUM NITRATE dari Negara China. Ammonium Nitrate dikenali oleh masyarakat dunia sebagai top1 fertilizer merupakan baja yang paling popular dan berkualti tinggi, malahan hampir semua petani dan peladang di seluruh dunia menggunakan baja Ammonium Nitrate. Di Eropah dan America Utara lebih 1.7 tan metric baja Ammonium Nitrate digunakan secara meluas untuk merawat tanah dan menyuburkan semua jenis tanaman.

Isnin, 23 November 2015

NUTRIEN DAN KEPENTINGANNYA KEPADA TANAMAN,Agrolife Management (Abang Hassimsah b. Haji Abang Zainal)

Jenis dan fungsi nutrien tanaman

Tanaman memerlukan sumber makanan (nutrien)  untuk mereka tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang baik dan berkualiti.  Nutrien tanaman terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu;

·         Makronutrien

·         Mikronutrien

 

MAKRONUTRIEN

     Ia merupakan unsur yang amat diperlukan oleh tanaman di dalam kuantiti yang banyak. Terbahagi kepada 2 unsur iaitu unsur utama dan unsur sekunder.

 

     Elemen makronutrien yang tergolong di dalam unsur  utama ialah Karbon (C), Hidrogen (H) , Oksigen (O) ,Nitrogen (N) , Fosforus(P)  dan Kalium(K).

 

     Unsur-unsur karbon, hidrogen dan oksigen amat mudah diperolehi oleh tanaman melalui udara dan air. Unsur-unsur nitrogen, fosforus dan kalium  adalah  biasanya diberikan kepada tanaman melalui PEMBAJAAN. Setiap unsur ini mempunyai peranan tersendiri di dalam memberi sokongan terhadap kitar hidup sesuatu tanaman.

 

 NITROGEN (N)

 

Kepentingan

·         Memberikan warna 'hijau' kepada tumbuhan melalui pembentukan klorofil.

·         Membantu dalam pembentukan asid amino(protein) dan enzim-enzim di dalam sel-sel tumbuhan

·         Pertumbuhan tanaman

Kesan kekurangan

  Daun akan menjadi kuning

  Daun di bawah akan gugur

  Pertumbuhan pokok menjadi lambat

 

Nitrogen amat mudah larut di dalam air. Oleh itu penyiraman yang melampau akan memudahkan unsur ini hilang dengan cepat daripada capaian akar tumbuhan atau penyerapan melalui daun. Pemberian baja yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi akan meyebabkan kesan terbakar pada pokok dan pokok tidak akan mengeluarkan hasil  (bunga atau buah).

 

 

FOSFORUS (P)

 Kepentingan

·         Merangsang pertumbuhan akar

·         Merangsang pengeluaran bunga

·         Membantu di dalam  menguatkan sistem pertahanan pokok

 

Kesan kekurangan

Pertumbuhan terbantut

·         Warna daun  menjadi hijau tua

·         Akar pokok terbantut dan menjadi kecil

·         Buah menjadi lambat untuk matang dan masak

 

KALIUM (K)

            Kepentingan

·         Untuk pembungaan dan pembuahan

·         Sistem pertahanan tanaman

·         Membantu di dalam proses kimia dalaman pokok  seperti proses pengeluaran karbohidrat, gula, protein dan enzim enzim yang diperlukan oleh pokok untuk hidup dengan subur.

·         Mengatur kadar penggunaan air oleh pokok

 

            Kesan kekurangan

·         Proses sintesis protein terjejas

·         Daun menguning dan tisu di hujung dan di tepi daun layu dan mati

·         Pertumbuhan terbantut


KALSIUM (Ca)

            Kepentingan

·         Amat diperlukan untuk pertumbuhan meristem hujung pucuk dan akar

·         Penting di dalam pembentukan dinding sel tumbuhan

·         Perlu di dalam proses fotosintesis

·         Aktifkan enzim di dalam metabolisma karbohidrat untuk menghasilkan protein dan asid amino

·         Berperanan di dalam pembahagian sel dan pertumbuhan tanman dengan membantu di dalam penyerakan gula di antara komponen komponen tanaman.

·         Membantu di dalam proses mematangkan stem

·         Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit

·         Mengatur di dalam penutupan dan pembukaan liang stomata

·         Memperbaiki tekstur buah.

 

            Kesan kekurangan

·         Pertumbuhan terbantut

·         Bentuk daun muda tidak sekata dan 

      tidak subur.


MAGNESIUM (Mg)

            Kepentingan

·         Penting di dalam pembentukan klorofil

·         Komponen penting di dalam protoplasma tanaman

      Kesan kekurangan

·         Klorosis berlaku iaitu  daun-daun menguning

·         Sebahagian daun atau keseluruhan daun mati

 

SULFUR (S)

Kepentingan

·         Membantu di dalam pembahagian sel

·         Mempercepatkan perkembangan buah

·         Komponen penting di dalam protoplasma

            Kesan kekurangan

·         Daun muda menguning

·         Pertumbuhan lambat


MIKRONUTRIEN

 

MANGAN (Mn)

            Kepentingan

·         Mengaktifkan sesetengah enzim di dalam tanaman

      Kesan kekurangan

·         Klorosis

·         Daun bertompok  tompok kuning


 

BORON (B)

Kepentingan

·         Diperlukan di dalam penguraian karbohidrat

            Kesan kekurangan

·         Pembentukan bunga terhalang

·         Pertumbuhan pucuk dan akar terbantut

 

ZINK (Z)

            Kepentingan

·         Mengaktifkan sesetengah enzim

·         Menghalang buah  daripada gugur pra matang

·         Merangsang pengeluaran akan 

Kesan kekurangan

·         Pertumbuhan terbantut

 

KUPRUM (Cu)

            Kepentingan

·         Komponen di dalam struktur enzim tanaman

·         Memangkin tindak balas pengoksidaan

            Kesan kekurangan

·         Pertumbuhan tidak normal

 

MOLIBDENUM (Mo)

            Kepentingan

·         Komponen enzim yang terlibat dalam metabolisme nitrogen

            Kesan kekurangan

·         Pertumbuhan terbantut

 

            Kepentingan

·         Penting di dalam sintesis klorofil

·         Sebagai pemangkin di dalam tindak balas kimia tanaman

            Kesan Kekurangan

·         Klorosis wujud pada kawasan urat daun

 

KESIMPULAN

 

PEMBAJAAN adalah satu perkara penting kepada tanaman anda

 






Sabtu, 21 November 2015

Kesan Pangkasan Pelepah Daun Ke atas Pengeluaran Hasil Sawit, Agrolife Management (Abang Hassimsah b. Haji Abang Zainal.

Satu ekperimen yang telah dijalankan di Malaysia ke atas pokok sawit berumur 8-12 tahun itu didapati bahawa pangkasan pelepah daun sehingga meninggalkan jumlah pelepah 8, 16 dan 24 masing-masing menunjukkan penurunan hasil, bilangan buah tandan, berat purata buah tandan, bilangan spika /tandan, bilangan bunga/spika dan berat purata buah tandan. Manakala pokok sawit yang mengekal 32 dan 40 pelepah tidak menunjukkan pengaruh yang ketara ke atas parameter tersebut di atas.
Oleh yang demikian, maka dapat difahami bahawa pokok berumur 8-12 tahun dan ke atas harus mengekalkan sekurang-kurangnya 32 pelepah supaya hasil tidak terjejas. Pangkasan pelepah sehingga tinggal 24 pelepah dan ke bawah boleh menyebabkan hasil merosot sebanyak 20 %.
Bagi pokok muda berumur di antara 5-8 tahun, hasil ujian menunjukkan bahawa pangkasan pelepah sehingga bilangan pelepah kurang daripada 40 batang akan merosotkan hasil. Kes-kes tersebut di atas ini adalah disebabkan pangkasan intensif akan meningkatkan kadar keguguran bunga betina manakala pengeluaran bunga jantan akan bertambah di sebalik pengurangan hasilan bunga betina.
Apabila keadan ini berlaku, maka nisbah jantina akan jatuh. Kesan negatif terhasil daripada pangkasan pelepah berlebihan akan wujud selepas 2 tahun pangkasan tersebut dijalankan. Justeru, boleh dikatakan bahawa pangkasan intensif memberi kesan di tempoh penentuan jantina pokok sawit yang mana bunga bersifat dwi-jantina itu telah menghala ke arah pembentukan bunga jantan ekoran pangkasan pelepah berlebihan.
Menurut satu rekod perbandingan, bagi sebilangan pokok sawit yang mempunyai 27 pelepah secara purata jika 40 % daripadanya hanya mempunyai 24 pelepah atau kurang, maka penurunan hasil kasar adalah sebanyak 10 %. Tetapi jika pelepah purata adalah berjumlah 37 dengan 20 % daripadanya mempunyai pelepah kurang daripada 32 pelepah, hasil hanya akan merosot sebanyak 1 %.
Oleh itu, pengusaha tanaman sawit sama ada mahu mengamalkan sistem pangkasan daun mengekalkan 2 batang pelepah di bawah buah tandan atau satu pelepah saja adalah pertimbangan masing-masing kerana pelepah tersebut biasanya menghalang kerja pemotongan buah.

Prinsip penting bagi melestarikan pengeluaran hasil sawit adalah mengekalkan daun hijau yang ada kerana ia masih dapat menjalankan fungsi penjanaan karbohidrat melalui proses fotosintesis. Justeru itu, daun yang masih hijau harus dikekalkan sepanjang masa sehingga ia menjadi tua dan tidak berfungsi lagi, ataupun dijangkiti penyakit dan telah layu barulah dipotong.

PEMILIHAN JENIS BAJA, SUKATAN BAJA dan JADUAL MEMBAJA: Agrolife Managemant (Abang Hassimsah b. Haji Abang Zainal).

Kesuburan tanaman bergantung pada PEMILIHAN JENIS BAJA , SUKATAN BAJA dan JADUAL MEMBAJA. Pokok yang dibaja akan menjadi sia-sia sekiranya baja yang digunakan tidak sesuai dengan keperluannya. Pembajaan bertujuan untuk memulihkan kandungan nutrien dalam tanah yang telah diserap oleh tanaman melalui proses fisiologinya. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan tumbesaran terbantut, tanaman mudah patah dan daun menjadi kuning. Oleh itu baja boleh di takrifkan sebagai punca pemakanan tumbuhan yang boleh dicampurkan kepada tanah untuk membekalkan bahan-bahan yang diperlukan oleh pokok.

MASA DAN PERSEDIAAN SEBELUM MEMBAJA.
Masa yang sesuai untuk membaja adalah pada musim sederhana lembap.  Musim terlalu kering (kemarau) tidak sesuai kerana baja memerlukan air untuk terurai sebelum ia diserap oleh pokok melalui akar. 
Musim yang terlalu basah (hujan) juga kurang sesuai kerana banyak baja akan hilang dilarikan air terutama di kawasan cerun atau melalui larut resap di kawasan tanah rata yang mempunyai kandungan pasir yang tinggi. 
Kawasan yang hendak ditabur baja hendaklah terlebih dahulu dibersihkan dari semua rumpai kerana rumpai akan bersaing untuk mendapatkan baja dengan pokok sawit. 

KAEDAH PEMBAJAAN SAWIT YANG BERKESAN:
Kaedah pembajaan yang cekap adalah perlu bagi mendapat keputusan yang maksimum samada daripada segi tuaian hasil atau pun pengurusan kos. Kaedah yang ingin dikongsikan adalah sebagaimana dibawah:-

Kaedah ‘task’  
Task dengan jumlah pokok yang ditentukan diberikan kepada pekerja.  Pekerja perlu menghabiskan baja dalam task tersebut.  Sebarang pencabulan seperti dos baja tidak serata atau ada pokok yang tidak dapat akan dipertanggungjawapkan hanya kepada pekerja  tersebut.

Kaedah ‘label’
Pekerja dikehendaki menampal label yang tertera nombor atau nama pekerja pada pokok yang terakhir dalam baris pokok.  Mandor mesti mengambil balik label yang diletakkan oleh pekerja.  Sebarang masalah yang dijumpai oleh mandor semasa mengambil label, boleh terus ditujukan kepada pekerja berkenaan.

Kaedah angkat-masuk :Pekerja perlu mengangkat beg baja masuk ke tengah baris pokok dan mulakan pembajaan dari pokok yang terletak ditengah baris ke arah luar pokok yang terletak ditepi jalan.

Kaedah kereta sorong : Kereta sorong digunakan untuk mengangkat baja dan seorang pekerja lagi menabur baja.

Kaedah beg plastik : Baja di bungkus didalam beg plastik kecil dengan dos yang cukup untuk satu pokok.  Kemudian pekerja membawa beg plastik yang berisi baja dengan jumlah yang sama dengan jumlah pokok dalam satu atau dua baris.

Kaedah ‘spreader’ : Aplikasi menggunakan spreader adalah yang terbaik.  Baja dapat ditabur secara rata dan hampir sama.  Apa yang penting ialah mengetahui jumlah pokok yang boleh menggunakan spreader dan yang tidak boleh seperti kawasan teres dan jurang
Perkara yang paling penting dalam meningkatkan kecekapan penyeliaan pembajaan ialah mengetahui jumlah pokok dalam sesuatu kawasan dengan tepat.
Teknik penomboran pokok boleh meningkatkan kecekapan penyeliaan.  Anda boleh anggarkan secara tepat jumlah baja yang diperlukan sbil mengetahui jumlah pokok disesuatu kawasan dengan tepat.  Sebarang baki baja yang berlebihan atau kekurangan disesuatu kawasan yang telah diprogramkan boleh menimbulkan kesangsian terhadap pekerja berkenaan seterusnya siasatan boleh dijalankan.

KESIMPULANNYA.
Pembajaan yang berkesan merupakan salah satu faktor penting untuk meningkatkan hasil sawit.  Sekiranya pembajaan dijalankan dengan sempurna dan menggunakan baja yang berkualiti dan seimbang dengan pengurusan ladang yang baik, hasil ladang yang telah sedia tinggi boleh terus dikekalkan dan hasil yang rendah boleh dipertingkatkan. 
Oleh kerana kos baja pada masa ini agak mahal, pekebun kecil mesti menggunakan baja dengan berhemah melalui pemilihan jenis baja yang sesuai, penggunaan kadar, kekerapan dan perletakan baja yang betul serta menggunakan bahan organik yang terdapat secara percuma atau murah dari kilang sawit untuk pembaikan semula tanah.

TAWARAN RAKANTANI AGROLIFE.:
Baja  NUTRI MULTI Jenis cecair keluaran agrolife management  mula berada di pasaran pada awal 2013, Baja ini mendapat sambutan yang mengalakkan berikutan kesan yang positif bagi MERAWAT TANAH  dan MENIGKATKAN HASIL TANAMAN terutamanya bagi tanaman sawit, ramai dikalngan petani dan peladang melahirkan rasa puas hati setelah menggunakan baja Nutri Multi ini.
Memandangkan sambutan yang bergitu menggalakkan  dari  kalangan petani dan peladang  pihak pengurusan Agrolife membuka peluang kepada petani dan peladang yang berminat untuk menjadi rakantani agrolife sebagai pengguna dan pengedar.
Kelebihan sebagai rakantani agrolife, boleh menjadi pengguna dan pengedar,  secara langsung  mereka akan mendapat pelbagai kemudahan seperti, mendapatan tawaran harga rendah, (harga pengedar), bantuan pinjaman pembelian baja (credit sehingga 50%), dan keistimewaan lain seperti mendapat komisen, hadiah dan bonus.
Untuk menjadi rakantani agrolife keahlian adalah PERCUMA,terbuka bagi pengusaha sawit yang mempunyai tanaman sawit berusia 5Tahun ke atas dengan keluasan tanah sekurang-kurangnya  7Ekar ke atas. untuk mendapat keterangan lanjut bolehlah menghubungi 
PENGURUS AGROLIFE MANAGEMENT, 
ditalian 013-5741000 atau 014-5919600.

 " Kesusahan yang sebenar bukanlah semasa kita ketiadaan wang, TETAPI sewaktu kita tidak mampu lagi mencari wang!"