PROFILE.

Foto saya
KUCHING, SARAWAK, Malaysia
AGROLIFE MANAGEMENT, Merupakan salah sebuah syarikat bumiputera yang dimiliki sepenuhnya oleh Abang Hassimsah B. Haji Abang Zainal, syarikat ini mula beroperasi di kuching setelah didaftarkan dibawah Akta syarikat di Malaysia pada 26, Julai 2011, bidang keutamaan syarikat ini ialah menjalankan perniagaan membekal pokok tanaman dan pelbagai jenama baja cecair dan baja butiran. Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti perniagaan pembekalan baja, AGROLIFE menjalinkan usahasama dengan salah sebuah syarikat global yang menjadi pengimport dan pembekal baja AMMONIUM NITRATE dari Negara China. Ammonium Nitrate dikenali oleh masyarakat dunia sebagai top1 fertilizer merupakan baja yang paling popular dan berkualti tinggi, malahan hampir semua petani dan peladang di seluruh dunia menggunakan baja Ammonium Nitrate. Di Eropah dan America Utara lebih 1.7 tan metric baja Ammonium Nitrate digunakan secara meluas untuk merawat tanah dan menyuburkan semua jenis tanaman.

Khamis, 24 Mei 2012

NUTRIEN DAN KEPENTINGANNYA KEPADA TANAMAN


NUTRIEN DAN KEPENTINGANNYA KEPADA TANAMAN: Jenis dan fungsi nutrien tanaman Tanaman memerlukan sumber makanan (nutrien) untuk mereka tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang baik dan berkualiti. Nutrien tanaman terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu; • Makronutrien  dan  Mikronutrien 

MAKRONUTRIEN Ia merupakan unsur yang amat diperlukan oleh tanaman di dalam kuantiti yang banyak. Terbahagi kepada 2 unsur iaitu unsur utama dan unsur sekunder. Elemen makronutrien yang tergolong di dalam unsur utama ialah Karbon (C), Hidrogen (H) , Oksigen (O) ,Nitrogen (N) , Fosforus(P) dan Kalium(K). Unsur-unsur karbon, hidrogen dan oksigen amat mudah diperolehi oleh tanaman melalui udara dan air. Unsur-unsur nitrogen, fosforus dan kalium adalah biasanya diberikan kepada tanaman melalui PEMBAJAAN. Setiap unsur ini mempunyai peranan tersendiri di dalam memberi sokongan terhadap kitar hidup sesuatu tanaman. NITROGEN (N) Kepentingan • Memberikan warna 'hijau' kepada tumbuhan melalui pembentukan klorofil. • Membantu dalam pembentukan asid amino(protein) dan enzim-enzim di dalam sel-sel tumbuhan • Pertumbuhan tanaman Kesan kekurangan • Daun akan menjadi kuning • Daun di bawah akan gugur • Pertumbuhan pokok menjadi lambat FOSFORUS (P) Kepentingan • Merangsang pertumbuhan akar • Merangsang pengeluaran bunga •

Membantu di dalam menguatkan sistem pertahanan pokok Kesan kekurangan Pertumbuhan terbantut • Warna daun menjadi hijau tua • Akar pokok terbantut dan menjadi kecil • Buah menjadi lambat untuk matang dan masak KALIUM (K) Kepentingan • Untuk pembungaan dan pembuahan • Sistem pertahanan tanaman • Membantu di dalam proses kimia dalaman pokok seperti proses pengeluaran karbohidrat, gula, protein dan enzim enzim yang diperlukan oleh pokok untuk hidup dengan subur. • Mengatur kadar penggunaan air oleh pokok Kesan kekurangan • Proses sintesis protein terjejas • Daun menguning dan tisu di hujung dan di tepi daun layu dan mati • Pertumbuhan terbantut KALSIUM (Ca) Kepentingan •  Amat diperlukan untuk pertumbuhan meristem hujung pucuk dan akar • Penting di dalam pembentukan dinding sel tumbuhan • Perlu di dalam proses fotosintesis • Aktifkan enzim di dalam metabolisma karbohidrat untuk menghasilkan protein dan asid amino •

Berperanan di dalam pembahagian sel dan pertumbuhan tanman dengan membantu di dalam penyerakan gula di antara komponen komponen tanaman. • Membantu di dalam proses mematangkan stem • Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit • Mengatur di dalam penutupan dan pembukaan liang stomata • Memperbaiki tekstur buah. Kesan kekurangan • Pertumbuhan terbantut • Bentuk daun muda tidak sekata dan tidak subur MAGNESIUM (Mg) Kepentingan • Penting di dalam pembentukan klorofil • Komponen penting di dalam protoplasma tanaman Kesan kekurangan • Klorosis berlaku iaitu daun-daun menguning • Sebahagian daun atau keseluruhan daun mati SULFUR (S) Kepentingan • Membantu di dalam pembahagian sel • Mempercepatkan perkembangan buah • Komponen penting di dalam protoplasma Kesan kekurangan • Daun muda menguning • Pertumbuhan lambat

MIKRONUTRIEN (Mn) Kepentingan • Mengaktifkan sesetengah enzim di dalam tanaman Kesan kekurangan • Klorosis • Daun bertompok tompok kuning BORON (B) Kepentingan • Diperlukan di dalam penguraian karbohidrat Kesan kekurangan • Pembentukan bunga terhalang • Pertumbuhan pucuk dan akar terbantut ZINK (Z) Kepentingan • Mengaktifkan sesetengah enzim • Menghalang buah daripada gugur pra matang • Merangsang pengeluaran akar Kesan kekurangan • Pertumbuhan terbantut KUPRUM (Cu) Kepentingan • Komponen di dalam struktur enzim tanaman • Memangkin tindak balas pengoksidaan Kesan kekurangan • Pertumbuhan tidak normal MOLIBDENUM (Mo), Kepentingan • Komponen enzim yang terlibat dalam metabolisme nitrogen Kesan kekurangan • Pertumbuhan terbantut BESI (Fe) Kepentingan • Penting di dalam sintesis klorofil • Sebagai pemangkin di dalam tindak balas kimia tanaman Kesan Kekurangan • Klorosis wujud pada kawasan urat daun. 

KESIMPULAN PEMBAJAAN adalah satu perkara penting kepada tanaman anda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.